Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
METERAI | Meterai ialah alat yang mempunyai reka bentuk atau huruf untuk teraan (dicap) pada kertas, lilin, atau logam. Meterai selalunya dicap pada dokumen rasmi dan penting bagi membuktikan dokumen itu sahih. Kebanyakan negara di dunia ini serta banyak bandar, negeri, wilayah, jabatan penting, serta syarikat perdagangan mempunyai meterai. | UMUM | |
MILLER, ARTHUR | Miller, Arthur (1915 2005) ialah penulis drama Amerika yang terkemuka. Hasil karyanya mencatatkan konflik antara individu dan masyarakat yang menentukan kod moral individu. Miller menunjukkan prinsip moral masyarakat sebagai sahih dalam All My Sons (1947) dan A View from the Bridge (1955). Tetapi, dalam Death of a Salesman (1949), The Crucible (1953), Incident at Vichy (1964), dan The Price (1968), dia menyerlahkan prinsip moralnya sebagai palsu. | UMUM | |
BUKHARIY, ABU ABDULLAH AL- | Bukhariy, Abu Abdullah al- (194256 H./810 870 M.), imam, hafiz, dan pengarang kitab al-Jami al-Sahih, yang dikenali juga dengan nama Sahih al-Bukhariy. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah, al-Bukhari, Abu Abdullah. | UMUM | |
NUFAYR IBN MALIK | Nufayr ibn Malik (?80 H./?699 M.) ulama hadith. Nama sebenarnya ialah al-Imam al-Kabir Nufayr ibn Malik ibn Amir Abu Abd al-Rahman al- Hadramiy al-Himsiy. Dia sempat mengenali Rasulullah s.a.w. dan mengunjungi Baginda seperti yang disebut oleh Ibn al-Athir. Dia meriwayatkan hadith daripada Abu Bakar (dipercayai kemungkinan dia pernah berjumpa dengan Abu Bakar), Umar, al-Miqdad, Abu Dhar, Abu Darda, Aishah dan sahabat-sahabat lain. Hadith-hadith Nufayr ibn Malik diriwayatkan pula oleh anaknya Abd al-Rahman, Makhul, Khalid ibn Mi dan beberapa orang lagi. Dia tergolong dalam kalangan ulama hadith yang pakar. Hadithnya terdapat dalam semua kitab hadith kecuali kitab Sahih al-Bukhariy . Ini adalah kerana Nufayr ibn Malik meriwayatkan hadith daripada sahabat-sahabat tanpa berjumpa dengan mereka, sedangkan al-Bukhariy tidak menerima sesuatu hadith kecuali guru yang meriwayatkan hadith berjumpa sendiri dengan perawinya. Nufayar ibn Malik dikatakan meninggal dunia pada tahun 75 H. | UMUM | |
ABU AL-FARAJ, AL-ASFAHANIY, | Abu al-Faraj, al-Asfahaniy (284 H.356 H./ 897 M. 966 M.), tokoh sastera yang terkenal pada abad ketiga Hijrah dan berasal daripada keluarga Umawiyyah. Nama penuhnya ialah Abu al-Faraj Aliy ibn al-Husayn ibn Muhammad ibn Ahmad al- Asfahaniy. Dia lahir di Isfahan dan kemudian berpindah ke Baghdad untuk menetap di sana. Di Baghdad, Abu al-Faraj berguru dengan para alim ulama dalam bidang bahasa dan periwayatan seperti Abu Bakar ibn Darid, Abu Bakar ibn al- Anbariy, al-Fadl ibn al-Hibab al-Jumhiy, Ali ibn Sulayman al-Akhfashiy, Naftawayh, Muhammad ibn Jarir al-Tabariy, Ahmad ibn Jafar, Jahzah dan beberapa orang perawi lagi. Abu al-Faraj mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk syair, lagu, cerita-cerita rakyat, hadith sahih, ilmu keturunan, bahasa, nahu, ilmu tentang amalan khurafat, ilmu peperangan dan sejarah. Dia juga menguasai ilmu yang berkaitan dengan deria dan cara perubatannya, ilmu kedoktoran, astronomi dan farmasi. Oleh sebab kemampuannya menguasai pelbagai bidang ilmu ini, dia layak digelar sebagai seorang pakar, fasilitator, ahli sejarah dan hafiz. | UMUM | |
NASA'IY, ABU 'ABD AL-RAHMAN AL- | Nasaiy, Abu Abd al-Rahman al- (215303 H/ 830915 M), salah seorang imam hadith yang menonjol dan penghafaz hadith yang diyakini riwayatnya serta sarjana terkenal. Nama sebenarnya ialah Abu Abd al-Rahman Ahmad ibn Shuayb ibn Ali al-Khurasaniy al-Nasaiy al-Kabir, seorang kadi, imam dan Shaykh al-Islam. Dia menjelajah beberapa buah negeri dalam usaha mencari ilmu daripada ulama-ulama seperti di Khurasan, Iraq, Hijaz, Mesir, Sham, al-Jazirah dan lain-lain. Dia berpindah ke Qutaybah ketika berumur 15 tahun. Al-Hakim berkata: Al-Nasaiy ialah ulama yang mempunyai ilmu yang mendalam di Mesir pada zamannya, dan merupakan yang paling arif di kalangan ulama mengenai hadith-hadith yang sahih dan hadith-hadith yang ditolak berserta dengan perawinya. Al-Nasaiy banyak mengarang kitab, antaranya ialah al-Sunan al-Kubra dalam bidang hadith; al-Mujtaba, iaitu al-Sunan al-Sughra; Khasais Ali; Musnad Ali dan al-Duafa wa al- Matrukun bi Musnad Malik . | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| sahih (adjektif) | Bersinonim dengan pasti, benar, sah, diakui, sungguh, tahkik, memang, betul, diterima, terang, nyata, sabit, sudah tetap, terang, tentu, muktamad, asi, isbat, pentan, sidi, absah, sengoti, si, sih, jola;, | | Kata Terbitan : kesahihan, |
|
|