Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ANTBIRD | Antbird, nama sejenis burung yang hampir sama rupa dengan burung murai. Jenis sekeluarganya yang paling rapat ialah burung ovenbirds dan antpipits . Burung antbird tinggal di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Biasanya burung ini hidup di dalam hutan dan tinggal dekat atau di atas tanah. Makanan burung ini semut dan anai-anai. Burung antbird akan mengganggu sarang seranggga ini, kemudian akan mengikut barisan serangga yang keluar dari sarang akibat gangguan. Sarang burung ini biasanya berbentuk cawan dan terbuka. | UMUM | |
PRUN | Prun ialah plum manis yang telah dikeringkan. Pengeringan menjadikan rupa prun berkedut-kedut. Plum yang terutamanya sesuai untuk dikeringkan dikenali sebagai plum prun. Prun mempunyai kandungan besi dan vitamin yang tinggi. | UMUM | |
PLASTIK | Plastik ialah bahan buatan manusia yang boleh dibentuk dalam pelbagai rupa. Plastik adalah salah satu bahan paling berguna yang pernah dicipta. Rumah, sekolah dan sektor perniagaan menggunakan banyak barangan plastik. Jurutera telah mencipta plastik yang kukuh seperti keluli atau yang lembut seperti kapas. Mereka boleh membuat plastik yang berwarna seperti warna pelangi atau yang jernih dan tidak berwarna seperti kristal. Plastik boleh menjadi bentuk yang tegar atau bergetah dan boleh dibentuk menjadi pelbagai objek dari bamper kereta hingga kepada botol dan kain yang lembut. Barangan plastik, terutama yang digunakan oleh sektor perindustrian, biasanya boleh digunakan untuk jangka masa yang lama. | UMUM | |
TASIK PEIPUS | Tasik Peipus ialah kawasan air di sempadan di antara Estonia dengan Rusia. Untuk lokasi, lihat Rusia (peta rupa bumi). Panjangnya ialah 150 kilometer dan meliputi kawasan seluas 3626 kilometer persegi. Semasa Perang Dunia II, kawasan tasik ini menjadi tempat pertempuran sengit antara tentera Jerman dengan tentera Kesatuan Soviet semasa pengepungan Leningrad (kini St. Petersburg). | UMUM | |
MONTE CRISTO | Monte Cristo ialah pulau di Itali yang kecil tandus di Laut Mediterranean. Untuk lokasi, lihat Itali (peta rupa bumi). Keluasannya 10 kilometer persegi. Pada zaman purba ia dikenali sebagai Oglasa. Ia menjadi terkenal melalui novel Alexandre Dumas The Count of Monte Cristo. Novel itu menceritakan bagaimana hero menjumpai harta di pulau tersebut. Sebahagian besar pulau ini ialah gunung granit yang setinggi 610 meter di atas aras laut. Pada suatu masa dahulu, para rahib Benedictine mempunyai sebuah biara di Monte Cristo. Pada tahun 1553, mereka meninggalkan tempat tersebut kerana diserang lanun. Lebih daripada 300 tahun kemudian kerajaan Itali cuba menubuhkan sebuah petempatan banduan di Monte Cristo. Tetapi rancangan ini tidak berjaya. | UMUM | |
SUNGAI LIMPOPO | Sungai Limpopo ialah sungai utama yang mengalir sejauh 1600 kilometer di tenggara Afrika (lihat Afrika Selatan [peta rupa bumi]). Sungai Limpopo berpunca dari tanah tinggi dan memisahkan Provinsi Utara di timur laut Afrika Selatan dari Botswana dan Zimbabwe sebelum menyeberangi Mozambique dan masuk ke Lautan Hindi. Rudyard Kipling menggambarkan sungai tersebut dalam ceritanya, The Elephants Child, sebagai Limpopo yang hebat, berwarna kelabu-hijau dan berminyak. Ia juga dikenali sebagai Sungai Buaya. Jarak 97 kilometer yang terakhir di hilir sungai ini ialah kawasan air yang mengalami pasang surut. Ke hulu dari tempat ini, sungai tersebut berubah-ubah daripada lelehan air yang sedikit pada musim kering sehinggalah kepada banjir yang besar pada musim hujan. Sungai Olifants ialah cabang utama Sungai Limpopo. | UMUM | |
YUCCA | Yucca ialah nama sekumpulan kira-kira 40 spesies pokok renek atau pokok dalam famili agave. Pokok yucca mempunyai rupa yang menonjol. Yucca ialah pokok malar hijau, iaitu daunnya tidak luruh setiap tahun. | UMUM | |
TASIK ONEGA | Tasik Onega ialah salah sebuah tasik terbesar di Eropah. Letaknya di barat laut Rusia. Untuk lokasi, lihat Rusia (peta rupa bumi). Tasik ini merupakan sebahagian daripada sistem terusan yang menghubungkan Laut Putih dengan Laut Baltik. Tasik Onega ialah 9894 kilometer persegi. Tasik Onega mengalir ke Tasik Ladoga, lebih kurang 110 kilometer ke barat daya, melalui Sungai Svir. Tasik ini bersambung dengan Sungai Volga dan utara Sungai Dvina melalui serangkaian sungai dan terusan. | UMUM | |
MENDANDAN RAMBUT | Mendandan rambut ialah seni menggunting, mengeset, menyusun, dan seterusnya menjaga rambut. Lelaki dan perempuan menggayakan rambut supaya rupa paras mereka lebih elok dan untuk keselesaan. Gaya rambut yang berbeza akan mengubah wajah seseorang dengan lebih ketara berbanding hampir-hampir kesemua perubahan fizikal yang lain. Dandanan boleh menonjolkan ciri yang elok dan menyembunyikan ciri yang buruk, atau boleh mengalihkan perhatian orang daripada sifat yang tidak dikehendaki. Dandanan memberi gaya rambut yang menarik dan mudah dikendalikan sambil memenuhi keperluan dan kehendak seseorang. | UMUM | |
METAMORFOSIS | Metamorfosis ialah perkataan Yunani yang bermakna transformasi. Ahli biologi menggunakan perkataan ini untuk menjelaskan perubahan nyata pada bentuk dan rupa yang berlaku pada haiwan peringkat rendah antara fasa pembesaran dengan fasa dewasa. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| rupa (kata nama) | 1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,
2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,
3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,
| Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan, |
|
Puisi |
---|
|
Singapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga.
Lihat selanjutnya... |
|