Palang Merah ialah pertubuhan yang bertugas untuk melegakan penderitaan manusia. Lebih daripada 170 buah negara mempunyai persatuan Palang Merah kebangsaan. Setiap persatuan kebangsaan mempunyai programnya sendiri. Walau bagaimanapun, petugas Palang Merah di seluruh dunia bersatu dalam mencapai matlamat mereka. Mereka cuba untuk menghindarkan penderitaan semasa perang atau aman, dan berkhidmat untuk semua orang, tidak kira ras, kewarganegaraan dan agama. |