Southall, Ivan (1921 ) ialah penulis Australia menjadi terkenal di peringkat antarabangsa menerusi buku kanak-kanak karangannya. Dia memenangi hadiah Anugerah Tahunan Buku Kanak-kanak (Childrens Book of the Year Award) pada tahun 1966, 1968, 1971, dan tahun 1976. Dia juga menerima Anugerah Pingat Carnegie pada tahun 1972, serta Anugerah Buku Kanak-kanak Kebangsaan pada tahun 1986, selain beberapa anugerah lain di Eropah, Jepun, dan Amerika Syarikat. Dia menerima pingat Order of Australia pada tahun 1981. Antara bukunya termasuklah Hills End (1962), Ash Road (1965), To the Wild Sky (1967), The Fox Hole (1967), Let the Balloon Go (1968), Sly Old Wardrobe (1968), Bread and Honey (1970), Josh (1971) Over the Top (1972), Matt and Jo (1973), Fly West (1974), What About Tomorrow (1977), The Golden Goose (1981), The Long Night Watch (1983), Christmas in the Tree (1985), Rachel (1986); Black Bird (1988), dan The Mysterious Worid of Marcus Leadbetter (1990). |