Kata |
Takrif |
Sumber |
fasa ambil(fetch phase) | Fasa dalam kitar pengendalian pemproses utama ketika suruhan diambil daripada kedudukan ingatan dan dimasukkan ke dalam daftar atur cara sebelum fasa pelaksanaan dilakukan. | Kamus Komputer |
fasa | peringkat perkembangan (bkn pembinaan, pertumbuhan, kemajuan dsb): Rumah-rumah dlm ~ pertama telah habis dijual. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fasa | peringkat atau tahap dlm rangkaian sesuatu perkembangan (gerakan, kegiatan, kemajuan, dll): projek tersebut dilaksanakan dlm dua ~, dan ~ pertama dimulakan pd tahun 1984. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fasa reka bentuk(design phase) | Tempoh kitar hayat pembinaan sistem perisian atau perkakasan komputer ketika reka bentuk seni bina, komponen, antara muka, input, output, dan bentuk data dicipta, didokumenkan, dan dipastikan menepati spesifikasi. | Kamus Komputer |
fasa pengkompilan(compilation phase) | Tahap ketika penyusun atur cara menyusunkan atur cara sumber dalam bahasa aras tinggi menjadi bentuk bahasa mesin. | Kamus Komputer |
fasa | peringkat perkembangan (bkn pembinaan rumah dsb): Rumah-rumah dlm ~ pertama telah habis dijual. | Kamus Pelajar |
fasa objek(object phase) | Fasa selepas atur cara selesai disusun atau dihimpun menjadi bentuk kod objek. | Kamus Komputer |
fasa jalanan(run phase) | Fasa pengendalian komputer yang berada pada peringkat atur cara yang dijalankan selepas penyusunan atur cara selesai. | Kamus Komputer |
persukuan(quadrature) | Cara pengaitan fasa dua isyarat berkala yang sama tempohnya apabila perbezaan fasa antara kedua-dua isyarat ialah satu daripada tempoh satu kitar. | Kamus Komputer |
kitar pengendalian(operation cycle) | 1. Fasa yang digunakan oleh pemproses untuk mengerjakan suruhan atau pengendalian dan bukan untuk tugas penyelenggaraan atau persediaan peralatan. 2. Nama lain bagi fasa pelaksanaan kitar mesin mikropemproses. | Kamus Komputer |
Kata |
Takrif |
Sumber |
phase | a ~ so. is going through, satu fasa yg dilalui sso: I wouldnt worry if I were you its just a ~ hes going through, saya tdk akan risau jika saya jadi kamu itu hanya satu fasa yg dilaluinya; passing ~, hanya sementara sahaja: dont worry about her moodiness, its just a passing ~, jangan risau tentang anginnya, itu hanya sementara sahaja; 2. aspect of moon according to amount of illumination, fasa: the different ~s of the moon, fasa-fasa bulan yg berbeza; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
single phase | adj fasa tunggal. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
phase | n 1. stage, period, peringkat, tahap, fasa: with the development of the jet engine, aviation has entered a new ~, dgn perkembangan yg berlaku pd enjin jet, bidang penerbangan telah memasuki satu tahap baru; the illness has three ~s, penyakit tersebut ada tiga peringkat; the war was entering its final ~, peperangan itu telah sampai ke peringkat akhir; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
dense phase | fasa rapat/fasa padat | fasa tumpat | fasa tumpat | Kejuruteraan |
verrucous phase | fasa veruka/kutil | fasa veruka/fasa kutil | fasa veruka/kutil | Perubatan |
phase | fasa | fasa | fasa | Linguistik |
boost phase | fasa dorong-angkat; fasa galak | fasa galak | fasa galak | Aeroangkasa |
gamma phase | fasa Gamma | fasa Gamma | fasa Gamma | Perubatan |
compilation phase | fasa kompilasi | fasa pengkompilan | fasa pengkompilan | Teknologi Maklumat |
luteal phase | fasa luteum | fasa luteum | fasa luteum | Veterinar |
gastric phase | fasa gastrik | fasa gaster | fasa gaster | Veterinar |
cephalic phase | fasa sefalik | fasa sefalik | fasa sefalik | Veterinar |
cap phase | fasa tukup | fasa tukup | fasa tukup | Veterinar |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
front-end phases | fasa bahagian depan | Teknologi Maklumat | Tiada | Fasa-fasa awal dalam kitaran hayat pembangunan sistem yang melibatkan perancangan sistem, analisis sistem, dan reka bentuk sistem. |
industry's life cycle | kitaran hayat industri | Ekonomi | Tiada | Keluaran industri yang melalui fasa-fasa tertentu, dari peringkat awalan pengeluaran ke peringkat perkembangan pasaran dan persaingan antara firma-firma pengeluar, seterusnya ke peringkat kematangan apabila pasarannya sudah mencapai tahap maksimum dan keuntungannya normal sahaja, dan akhirnya sampai ke peringkat menurun apabila pasarannya mengecut atau mungkin hilang terus. |
phase rule | peraturan fasa; aturan fasa | Geologi | Tiada | Peraturan keseimbangan fasa yang diungkapkan sebagai F+P=C+2 dengan P ialah bilangan fasa, P ialah bilangan darjah kebebasan, dan C ialah bilangan komponen. |
phase rule | peraturan fasa; aturan fasa | Kejuruteraan | Tiada | Peraturan keseimbangan fasa yang diungkapkan sebagai F+P=C+2 dengan P ialah bilangan fasa, P ialah bilangan darjah kebebasan, dan C ialah bilangan komponen. |
quarter moon | rembulan suku | Matematik | Tiada | Fasa qamari di antara fasa bulan sabit muda dengan fasa hampir purnama yang disebut sebagai suku pertama dan di antara selepas fasa purnama dengan fasa bulan sabit tua yang disebut sebagai suku akhir. |
phase feeding | pemberian makanan berfasa | Veterinar | Tiada | Pemberian makanan berdasarkan tahap pertumbuhan, fisiologi dan juga pengeluaran ternakan. Biasanya haiwan memerlukan jumlah dan tahap nutrien mengikut fasa-fasa tertentu untuk mengelakkan pembaziran atau kerugian. Contohnya, ayam penelur pada puncak peneluran iaitu pada umur 28 hingga 33 minggu memerlukan lebih banyak tenaga dan protein yang berkualiti berbanding tahap-tahap lain. Demikian juga dengan lembu tenusu, semasa berada di puncak pengeluaran, iaitu pada bulan kedua pengeluaran susu memerlukan lebih banyak tenaga dan protein yang berkualiti berbanding tahap-tahap lain. |
phase transition | peralihan fasa | Kejuruteraan | Tiada | Pertukaran dari satu fasa ke fasa yang lain atau pertukaran dalam bilangan fasa yang wujud dalam suatu sistem. |
phase transformation | penjelmaan fasa | Kejuruteraan | Tiada | Perubahan kuasa polifasa dari tiga fasa ke enam fasa, ke dua belas fasa, dan seterusnya, oleh pengubah. |
sublimation | pemejalwapan | Farmasi | Tiada | Perubahan fasa pepejal kepada fasa wap tanpa melalui fasa cecair. Wap berubah semula kepada pepejal apabila terkondensasi pada permukaan sejuk. Proses ini digunakan terutamanya sebagai cara penulenan. Contohnya pemejalwapan iodin. |
lag phase | fasa susul | Kimia | Biokimia | Fasa pertumbuhan kultur bakteria yang terdapat sebelum fasa eksponen. Dalam fasa ini, kadar pertumbuhan kultur bakteria sangat kecil atau tidak berlaku pertumbuhan langsung. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
fasa | perikat [prikat] | Melanau Dalat | |
susun | fasa | TETAW | |
Kamus Sains.indb termodinamik seba- hagian atmosfera yang ditakrifkan dengan tiga pemboleh ubah, iaitu tekanan, suhu dan kelembapan. (HID) adiabatic packed bed reactor (reaktor turus terpadat adiabatik) Reaktor yang digunakan untuk tindak balas fasa gas. Reaktor ini berupa suatu adenopathy adiabatic packed bed reactor Kamus Sains.indb 22 7/8/08 11:45:22 AM 23 turus yang diisi dengan bahan mangkin tanpa sistem ini dilakukan dengan menyediakan pelbagai kepekatan larutan pengawet kayu dalam agar-agar malt yang dijangkiti kulat yang diuji. (HUT) agarose gel electrophoresis (elektroforesis gel agarosa) Elektroforesis menggunakan gel agarosa sebagai fasa pegun. Teknik ini pen- ting dalam manipulasi dan penjujukan gen kerana molekul DNA dapat di- pisahkan berdasarkan berat molekul. Jalur pada gel dikesan dengan menggu - nakan etidium bromida. Aras DNA
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
fasa | [fa.sa] | فاسا |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
fasa-fasa bulan | phases of the moon | Peringkat bentuk bahagian bulan yang cerah, yang dapat dilihat dari bumi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
fasa luteum | luteal phase | Fasa akhir kitaran haid (pada manusia dan beberapa haiwan lain) atau kitaran estrus (pada mamalia berplasenta yang lain). Hormon utama yang dikaitkan dengan peringkat ini ialah progesteron, yang kandungannya jauh lebih tinggi pada fasa luteum berbanding pada fasa kitaran yang lain. | Menengah Atas |
fasa | phase | Peringkat atau tahap dalam rangkaian sesuatu perkembangan. | Sekolah Rendah |
fasa S | S phase | Fasa dalam kitar sel apabila pereplikaan DNA atau kromosom berlaku. | Menengah Atas |
diastole | diastole | Fasa atau tempoh rehat otot jantung. Sewaktu fasa ini, atrium dan ventrikel diisi dengan darah. | Menengah Atas |
homogen | homogeneous | Perihal kumpulan yang mengandungi ciri, fasa atau komponen yang sama, supaya komponen tidak dapat dibezakan dengan mudah. Contohnya, campuran homogen gula dan air yang hanya mengandungi satu fasa cecair. | Menengah Rendah |
sistole | systole | Fasa atau tempoh pengecutan jantung. Sistole atrium melibatkan pengecutan atrium untuk menghantar darah ke dalam ventrikel. Sistole ventrikel pula melibatkan pengecutan ventrikel untuk menghantar darah ke seluruh badan. | Menengah Atas |
larva | larva | Satu daripada fasa dalam kitar hidup serangga atau amfibia. Pada peringkat ini, larva mempunyai sifat yang berbeza daripada sifat organisma dewasa, terutama dari segi bentuk badan. Larva tidak mempunyai mata majmuk tetapi mempunyai mata ringkas. Contohnya, berudu ialah larva bagi katak dan beluncas ialah larva bagi rama-rama. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
anak bulan | new moon | Fasa bulan yang tidak kelihatan dari bumi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
telofasa | telophase | Peringkat terakhir fasa mitosis dan meiosis. | Menengah Atas |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
phase | fasa | EKO |
phase zero | fasa kosong | NIAGA |
development phase | fasa pembangunan | EKO |
building phase | fasa pembinaan | EKO |
policy determination phase | fasa penentuan dasar | NIAGA |
multiphase sampling | persampelan pelbagai fasa | EKO |
two-phase technique | teknik dua fasa | NIAGA |
two-phase sampling | persampelan dua fasa | EKO |
two-phase method | kaedah dua fasa | EKO |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata fasa |
|
|