Tingkah laku ialah cara manusia atau organisma lain berkelakuan. Ramai orang menggunakan perkataan tingkah laku untuk maksud kelakuan [ conduct ] iaitu bagaimana perangai seseorang itu bersesuaian dengan tanggapan masyarakat tentang apa yang betul dan apa yang salah. Tetapi dalam psikologi dan sains berkenaan tingkah laku yang lain, tingkah laku dianggap sebagai apa-apa sahaja kegiatan seseorang atau benda hidup yang lain. Rencana ini membayangkan penggunaan yang lebih umum dan memberi tumpuan kepada tingkah laku manusia. |