Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PEKERJA INDENTUR | | UMUM | |
MOGOK | Mogok ialah tindakan berhenti kerja oleh sekumpulan pekerja. Kesemua atau sebilangan pekerja sesebuah syarikat mungkin terlibat. Pekerja menggunakan mogok sebagai senjata tawar-menawar. Mereka berharap mogok atau ancaman untuk mogok akan memujuk syarikat agar bersetuju dengan tuntutan mereka untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi, keadaan kerja yang lebih baik, atau faedah-faedah lain. | UMUM | |
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA | Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah badan berkanun dan tabung amanah yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951. KWSP ditubuhkan pada 1 Oktober 1951 dengan tujuan untuk menyediakan badan yang menjaga kebajikan sosial ahlinya melalui Skim Simpanan Wajib. | UMUM | |
HARI PEKERJA | | UMUM | |
STEREOTAIP | Stereotaip ialah kaedah membuat plat logam untuk kegunaan percetakan. Dalam proses ini, pekerja menentukan taip dan menguncinya dalam bingkai keluli. Pekerja yang lain menyapu permukaan taip itu dengan lapisan nipis minyak. Sekeping kertas tebal komposit yang dikenal sebagai flong, dibentangkan di atas taip dan ditekan rapat padanya. Kertas ini menekap permukaan taip atau kat (gambar) pada bingkai. Dengan itu acuan kertas terbentuk lalu dimasukkan ke dalam ketuhar dan dibakar hingga keras dan kering. Acuan ini yang dikenal sebagai matriks atau mat, diletakkan dalam kotak dalam kedudukan telentang. Pekerja menuang cairan logam stereotaip yang diperbuat daripada timah, antimoni, dan plumbum ke atas acuan tersebut. Logam itu akan menjadi keras serta-merta lalu menghasilkan plat pejal. Halaman akhbar dicetak daripada plat ini. | UMUM | |
SEKAT MASUK KERJA | Sekat masuk kerja berlaku apabila seseorang majikan menutup kilangnya untuk mengelakkan pekerja daripada bekerja. Majikan menggunakan senjata ekonomi dengan menghentikan kerja dan tidak membayar upah supaya pekerja menerima syarat kerja atau upah tertentu. Tindakan ini, seperti juga mogok, merupakan senjata ekonomi yang digunakan dalam pertikaian buruh. Namun begitu, sekat masuk kerja berbeza daripada mogok kerana mogok ialah pemberhentian kerja yang dimulakan oleh pekerja untuk memaksa majikan supaya memenuhi tuntutan tertentu. | UMUM | |
ABRAHAM, WILLIAM | Abraham, William (18421922), tokoh politik dan pemimpin kesatuan sekerja dari Wales. Dia lahir di Cwmavon, Gwent, dan mula bekerja sebagai pekerja lombong semasa berusia sembilan tahun. Pada tahun 1871, dia menjadi wakil para pekerja lombong dan berusaha beberapa tahun untuk memperbaik kesatuan pekerja lombong. Sebagai wakil ahli radikal Parti Liberal, dia dilantik menjadi ahli parlimen pada tahun 1885. Abraham menyertai Parti Buruh selepas pertubuhan kebangsaan pekerja lombong bergabung dengan Parti Buruh pada tahun 1909. Dia kekal sebagai ahli parlimen sehingga tahun 1920. Abraham terkenal sebagai pemidato dan mengambil bahagian dalam pesta sastera budaya Wales yang dikenali sebagai eisteddfods. Dia terkenal di Wales dengan nama Mabon sempena kegiatannya dalam pesta eisteddfods. | UMUM | |
PERKHIDMATAN AWAM | Perkhidmatan awam terdiri daripada pekerja di bawah jabatan kerajaan untuk mentadbir perkhidmatan awam sesebuah negara. Contohnya, pegawai yang menguruskan bahagian perkhidmatan luar negeri, jabatan percukaian dan jabatan kesihatan awam adalah antara kakitangan awam. Di kebanyakan negara, polis dan guru sekolah adalah pekerja terus bagi negeri dan dianggap sebagai kakitangan awam. Di sesetengah negara, pegawai kanan sebuah syarikat awam yang dikawal oleh kerajaan juga dianggap sebagai kakitangan awam. Di kebanyakan negara, pekerja yang berkhidmat dengan pasukan ketenteraan atau bekerja di bawah kerajaan tempatan tidak dikira sebagai kakitangan awam (lihat Kerajaan tempatan) . | UMUM | |
THE INTERNATIONAL | The International ialah nama awal yang diberikan untuk beberapa pertubuhan pekerja di peringkat antarabangsa. Kemudian, ia digunakan bagi pertubuhan Komunis antarabangsa yang berpusat di Moscow. Karl Marx, sosialis Jerman, menubuhkan pertubuhan pekerja antarabangsa yang pertama pada tahun 1864. Pertubuhan ini dikenali sebagai International Workingmens Association atau First International. | UMUM | |
POLIS | Polis ialah pekerja awam yang menguatkuasakan undang-undang dan mengekalkan keamanan. Tugas mereka ialah menghalang jenayah dan melindungi nyawa serta harta benda orang awam dalam sesebuah komuniti. Anggota-anggota polis lelaki dan wanita berkhidmat kepada komuniti dalam pelbagai cara. Mereka meronda jalan raya dengan tujuan untuk mengawal jenayah dan membantu menyelesaikan berbagai-bagai masalah orang ramai. Polis mengawal lalu lintas untuk memastikannya berjalan lancar dan selamat. Polis juga sering kali dipanggil untuk menyelesaikan pertelingkahan, mencari orang yang dilaporkan hilang atau membantu mangsa-mangsa kemalangan. Pada masa banjir, kebakaran dan lain-lain bencana, mereka menyediakan tempat berteduh, pengangkutan dan penjagaan kepada mangsa-mangsa. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kerja (kata nama) | 1. Bersinonim dengan khidmat: pekerjaan, tugas, tanggungjawab, kewajipan, gawai, usaha, urusan, kegiatan,
2. Bersinonim dengan karya: hasil keluaran, hasil penat lelah, hasil titik peluh, seliaan, kelolaan,
kendalian,
| Kata Terbitan : sekerja, bekerja, mengerjakan, terkerjakan, pekerjaan, sepekerjaan, berpekerjaan, pengerjaan, pekerja, pengerja, |
|
|