Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PENULISAN PANTAS | | UMUM | |
ROADRUNNER | Roadrunner ialah burung yang terbang pantas, yang hidup di atas tanah, yang terdapat di semak samun di barat daya Amerika Syarikat dan Mexico. Roadrunner boleh terbang, tetapi ia paling selesa tinggal di atas tanah. Ia boleh berlari selaju 24 kilometer sejam. Nama roadrunner datangnya daripada tabiat burung ini yang suka berlari di jalan raya di hadapan kenderaan yang bergerak dan kemudian meluru ke dalam semak samun untuk menyelamatkan diri. Nama-nama lain bagi burung ini termasuk chaparral cock, ground cuckoo dan snake killer. | UMUM | |
RACQUETBALL | Racquetball ialah sejenis permainan yang pantas dan menyeronokkan, dan kebanyakannya dimainkan di Amerika Syarikat. Pemain memukul sebiji bola dengan menggunakan raket yang menyerupai raket tenis kecil. Kebanyakan permainan ini dimainkan dalam gelanggang tertutup yang berukuran 6.1 meter tinggi, 12.2 meter panjang dan 6.1 meter lebar. Permainan ini boleh dimainkan secara perseorangan ataupun berpasangan. Dalam permainan bola raket cut-throat , tiga pemain bersaing sesama sendiri. | UMUM | |
YEAGER, CHARLES ELWOOD | Yeager, Charles Elwood (1923 ) dari Amerika ialah orang pertama yang membuat penerbangan yang lebih pantas daripada kelajuan bunyi. Dia mencapai kejayaan ini pada 4 Oktober 1947, dengan memandu kapal terbang rokel Bell X-1. Dia mencatat satu lagi rekod kelajuan pada 12 Disember 1953 dengan membuat penerbangan 2 kali lebih pantas daripada kelajuan bunyi dengan memandu Bell X-1A. | UMUM | |
TIKUS KESTURI POKOK | Tikus kesturi pokok ialah mamalia kecil, bergerak pantas yang hidup di hutan di India, Asia Tenggara, dan selatan China. Tikus kesturi pokok kelihatan dan berkelakuan seperti tupai kecil yang berhidung panjang. Tikus ini membesar kurang daripada 20 sentimeter panjangnya, tidak termasuk ekornya, dan beratnya kurang daripada 0.5 kilogram. | UMUM | |
BURUNG HAWARI | Burung hawari berwarna kelabu atau hitam, bergerak pantas dan berukuran kira-kira 30 sentimeter panjang. Burung ini berasal dari Australia. Hawari merayau-rayau di hutan, memakan serangga dan biji-bijian. Burung Hawari bergerak dalam kumpulan sebanyak kira-kira 12 ekor. Disebabkan inilah burung ini diberi nama sempena dengan nama hawari dalam Bible 12 orang pengikut Jesus Christ. | UMUM | |
POSKAD BERGAMBAR | Poskad bergambar menjadi popular sebagai alat untuk berkomunikasi yang pantas dan murah selepas tahun 1900. Pada tahun 1869, poskad bergambar tidak berwarna yang pertama dikeluarkan di Austria, akan tetapi tidak ada tarikh diberikan pada poskad bergambar yang pertama itu. Ini disebabkan poskad bergambar beransur- ansur berkembang. Pada sebelah poskad itu diberikan ruang kosong. Pada asalnya, sebelah kad itu digunakan untuk menulis dan sebelah lagi untuk alamat dan setem. | UMUM | |
ARUS TELUKAN | Arus Telukan ialah arus lautan yang utama. Arus yang pantas ini membentuk sistem arus di bahagian besar pinggir barat laut yang mengalir mengikut arah jam di Lautan Atlantik Utara. Arus Telukan mempunyai kesan yang penting terhadap iklim, pengangkutan laut, dan peredaran nutrien dan bahan buangan di dalam lautan. | UMUM | |
DROMEDARY | Dromedary, juga dinamakan unta Arab, ialah unta pantas yang digunakan terutamanya untuk pengangkutan dan sebagai makanan di kawasan kering di India, Timur Tengah dan Afrika. | UMUM | |
METAMFETAMIN | Metamfetamin ialah dadah kuat yang digelar sebagai speed. Dadah ini dengan pantas menimbulkan rasa ghairah, kuat dan cergas. Metamfetamin memberikan penagihnya keupayaan untuk bekerja dan bercakap dalam jangka masa yang panjang. Penyalahgunaan metamfetamin boleh membahayakan dan dadah ini hanya boleh diperoleh melalui preskripsi doktor. Metamfetamin merupakan salah satu kumpulan dadah yang dipanggil amfetamin. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| pantas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tangkas: cepat, kencang, laju, deras, lekas, ligat, lancar, cergas, giat, gesit, bangat,
segera, pesat, jeraus, gancang, sigap, seput, sebat, Berantonim dengan lembap
2. Bersinonim dengan cekap: mahir, cerdas, cekatan, lancar, fasih, gancang, akas, langkas, jeraus, cakap, Berantonim dengan lembam
| Kata Terbitan : memantaskan, kepantasan, |
|
|