Molotov, Vyacheslav Mikhailovich (1890 1986), terkenal semasa menjadi Menteri Luar Kesatuan Soviet selama dua penggal. Dia diturunkan pangkat pada tahun 1957 kerana penentangannya terhadap Nikita S. Khrushchev, Setiausaha Pertama Parti Komunis Soviet. Dia dipecat daripada menganggotai Presidium Parti Komunis dan dapat dianggap seperti dibuang negeri apabila dia dilantik sebagai duta ke Mongolia Luar. Pada tahun 1960, dia menjadi wakil Soviet ke Agensi Tenaga Atom Antarabangsa di Vienna, Austria. Parti Komunis Soviet mengutuknya pada tahun 1961, dan dia pun pulang ke Moscow. Pada tahun 1962, dia disingkirkan daripada parti. Majlis Tertinggi Soviet mengarahkan namanya ditarik balik daripada digunakan untuk bandar, bangunan, dan objek lain di seluruh Soviet. Dia dilantik semula sebagai anggota parti pada tahun 1984. |