Kata |
Takrif |
Sumber |
kufu | Ar kesamaan taraf (martabat, pangkat dll); sekufu setaraf, sedarjat, sama martabatnya: saya orang yg tiada berbangsa dan tiada ~ dgn tuan; kufuan; sama ~ sama tinggi darjat keturunannya, sama-sama berketurunan bangsawan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kupu | Ar kufu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
mulamma | mulamma | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Parsi dan Turki Uthmani yang mengandungi bait atau misrak dan ditulis dalam dua bahasa ataupun lebih dalam aksara yang sama. Setiap misrak mesti menggunakan bahar (pola irama) yang sama. Pengaruh puisi mulamma terdapat juga dalam sastera Melayu tetapi tidak tertakluk kepada syarat penggunaan baharnya. Contohnya, gabungan bahasa Melayu dan Arab dalam karya Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) seperti yang berikut: Laut itulah yang bernama Ahad, Terlalu lengkap pada ashya samad, Olehnya itulah lam-yalid wa-lam-yulad, Wa-lam yakun la-hu kufuan ahad. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab, iaitu kutipan daripada surah al-Ikhlas. Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam syair Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) sepeti yang berikut: Sungguhpun sekalian di sana jadi, Pada ombak qahhar jangan kau radhi, Sabda Muhammad pada sekalian kami, Ba-ruy-i khwaja bikun kar-i ghulami. Perkataan yang dicondongkan adalah dalam bahasa Parsi yang bererti: Pada wajah atau pandangan tuan (terhormat), usahakanlah kerja-kerja seorang hamba. Pengaruh puisi mulamma ditemui juga dalam sajak Melayu moden. Contohnya dalam petikan sajak Rizi S.S. yang berjudul Selamat tinggal Alma Materku (Pilar-pilar Widuri): Yakin penuh, wa-yarzuqhu, min haythu la-yahtiasib, biarkan daku, berbakti di mana saja. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab yang dipetik daripada al-Quran, Surah al-Talaq, ayat 3: Ertinya: Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya... Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam petikan sajak nasihat oleh Rizi S.S. yang berjudul Ah ! Apalah (Pilar-pilar Widuri): Rizi ba duza-i umr maghrur mabash, Bunyad-I tu nisti ast mamur mabash, Har chand duktur u datu ustadat khwanand, Ay khak ba in ghubar masrur mabash. Bait yang dicondongkan menggunakan bahasa Parsi yang bererti: Rizi! Usah bangga, tempoh usia yang singkat ini, asasmu pada ketidakwujudan berasa makmur, jangan begitu, Orang mungkin menggelarmu, Doktor, Dato dan Profesor, Duhai bumi! Usahlah gembira dengan debu yang berterbangan. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kufu | [ku.fu] | کوفو |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kufu |
|
|