Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
CAKERA PADAT | | UMUM | |
ALASKA | Alaska ialah negeri yang paling utara di Amerika Syarikat. Alaska ialah negeri yang terbesar dari segi keluasan, tetapi penduduknya tidak padat. Anchorage ialah bandar di Alaska yang mempunyai penduduk yang paling padat dan menjadi pusat perdagangan dan pengangkutan yang utama. Juneau, ibu negerinya, meliputi 8050 kilometer persegi. Dari segi keluasan, ia ialah bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat. | UMUM | |
SALURAN HAVERS | Saluran havers ialah saluran-saluran halus di dalam tisu tulang padat, iaitu lapisan luar tulang yang keras. Setiap saluran mengandungi pembuluh darah, salur limfa (bendalir tisu), tisu perantara, dan saraf. Pembuluh darah membawa nutrien dari pembuluh yang lebih besar dalam periosteum (selaput yang menyaluti tulang) ke tisu tulang. Lapisan tisu tulang mengelilingi setiap saluran untuk membentuk suatu silinder. Saluran dan tisu tulang ini dikenali sebagai sistem osteon atau sistem havers. Osteon ialah struktur asas yang membentuk tulang padat. | UMUM | |
KAWASAN METROPOLITAN | Kawasan metropolitan ialah wilayah yang padat penduduknya dan terdiri daripada kawasan pusat bandar dan kawasan yang dimajukan di sekitarnya. | UMUM | |
SIMPULAN BAHASA | rangkai kata yang tersimpul dalam susunan kata yang ringkas lagi padat, dan mempunyai makna yang berbeza daripada makna asal kata yang tersusun itu. | BAHASA | Konsep |
BURUNDI | Burundi ialah salah satu negara terkecil dan paling padat penduduk di Afrika. Negara ini mempunyai jumlah penduduk melebihi 200 orang per kilometer persegi, iaitu kira-kira sembilan kali ganda kepadatan penduduk seluruh Afrika. Bujumbura ialah ibu negara dan menempatkan komuniti perbandaran terbesar. | UMUM | |
NIGERIA | Nigeria ialah negara Islam yang terletak di pesisiran pantai barat Afrika dan mempunyai penduduk paling padat di benua Afrika. Penduduknya mencecah sehingga 117 juta orang dan menduduki tempat ke-10 di dunia dari segi kepadatan penduduk. | UMUM | |
TALKUM | Talkum (formula kimia, Mg 3 Si 4 O 10 (OH) 2 ) ialah mineral lembut yang terdapat dalam lapisan batu-batan yang rata licin, dan dalam bongkah yang padat. Ia terlalu lembut hinggakan ia boleh digores dengan kuku, dan rasanya bersabun dan bergris. Talkum adalah lut cahaya, yang bermakna bahawa ia membenarkan cahaya melaluinya, tetapi ia tidak lut sinar. Talkum berwarna putih, kehijauan atau kelabu tua. Steatit (batu sabun) adalah talkum yang padat. Ia digunakan sebagai bahan untuk ukiran di Mesir dan China purba. | UMUM | |
PROTEA | Protea ialah nama sekumpulan besar pokok renek dan pokok yang tumbuh terutamanya di Afrika Selatan. Protea mempunyai daun malar hijau dan gugusan bunga yang padat. Setiap gugus dikelilingi oleh sekumpulan daun berwarna terang yang dikenali sebagai braktea. Protea mengeluarkan kekeras yang diliputi bulu kasar. | UMUM | |
DEERE, JOHN | Deere, John (18041886) ialah pereka dan pengusaha Amerika. Pada tahun 1837, dia mencipta bajak keluli pertama yang mampu membalikbalikkan tanih prairi Amerika yang padat. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| padat (adjektif) | 1. Bersinonim dengan mampat: padu, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
2. Bersinonim dengan penuh: sesak, tumpat, penuh pepak, penuh tepu, berasak-asak, bersesak-sesak, berhimpit-himpit,
berjejal-jejal, sendat, rapat, belanar,
3. Bersinonim dengan berisi: bernas, padu, berat, antap, Berantonim dengan kosong
| Kata Terbitan : memadatkan, kepadatan, pemadatan, |
|
|