Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
NYAWA DI HUJUNG PEDANG | NYAWA DI HUJUNG PEDANG, novel karya Ahmad Murad Nasaruddin. Novel ini memenangi hadiah pertama dalam peraduan mengarang yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan, Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1946. Pada tahun yang sama, novel ini diterbitkan dalam cetakan huruf Rumi. Seperti yang disebutkan oleh Ahmad Nasaruddin dalam bahagian awalnya, novel ini ditulis untuk memperingati sahabat baiknya, Allahyarham Yazid bin Ahmad yang menjadi korban keganasan Jepun semasa mempertahankan tanah air. | SASTERA | Karya |
ROH | Nama kepada jiwa manusia dan juga kepada aspek nyawa manusia. | AGAMA | Konsep |
AIDS | AIDS ialah peringkat akhir jangkitan yang mengancam nyawa akibat virus kurang daya tahan (HIV). AIDS ialah akronim bagi sindrom kurang daya tahan penyakit. Nama ini merujuk kepada hakikat bahawa HIV merosakkan dengan teruk sistem imun melawan penyakit pada pesakit. Kes AIDS pertama kali dikenal pasti pada tahun 1981 di Amerika Syarikat, tetapi penyelidik telah mengesan kes ini seawal tahun 1959. Berjuta-juta kes AIDS telah didiagnosis di seluruh dunia. | UMUM | |
PERNAFASAN BANTUAN | Pernafasan bantuan ialah langkah yang digunakan untuk menyelamatkan nyawa dengan memaksa udara masuk ke dalam paru-paru dan keluar dari paru-paru orang yang terhenti bernafas. | UMUM | |
MUSIM SEJUK NUKLEAR | Musim sejuk nuklear merujuk kepada kesan dahsyat pada persekitaran seluruh dunia yang mengancam nyawa akibat perang nuklear. Perang seperti ini boleh menyebabkan berlakunya musim sejuk nuklear dengan mengakibatkan perubahan yang berbahaya pada atmosfera dan iklim bumi. Musim sejuk nuklear boleh mula terbentuk daripada kebakaran bandar yang diakibatkan oleh haba letupan nuklear yang sangat kuat. Sejumlah besar asap kebakaran ini boleh tersebar dan meliputi sekurang-kurangnya separuh permukaan bumi. Asap ini boleh menghalang sebahagian besar sinaran matahari daripada sampai di bumi. Suhu akan menurun dengan banyak, dan hujan akan berkurangan. Keadaan ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau tahun. | UMUM | |
PERTAHANAN AWAM | Pertahanan awam juga dikenali sebagai perlindungan awam , ialah program yang dibiayai oleh kerajaan, untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda jika musuh menyerang sesebuah negara ketika perang. Ia juga menyediakan pasukan penyelamat dan bantuan kecemasan untuk orang ramai yang menderita akibat bencana alam seperti banjir, angin ribut, gempa bumi, gunung berapi, kebakaran, dan letupan. Pertubuhan pertahanan awam juga merangka rancangan untuk mengurangkan kesan buruk yang disebabkan oleh kejadian pemberontakan seperti pengeboman dan pencemaran yang teruk atau kemalangan nuklear. | UMUM | |
POLIS | Polis ialah pekerja awam yang menguatkuasakan undang-undang dan mengekalkan keamanan. Tugas mereka ialah menghalang jenayah dan melindungi nyawa serta harta benda orang awam dalam sesebuah komuniti. Anggota-anggota polis lelaki dan wanita berkhidmat kepada komuniti dalam pelbagai cara. Mereka meronda jalan raya dengan tujuan untuk mengawal jenayah dan membantu menyelesaikan berbagai-bagai masalah orang ramai. Polis mengawal lalu lintas untuk memastikannya berjalan lancar dan selamat. Polis juga sering kali dipanggil untuk menyelesaikan pertelingkahan, mencari orang yang dilaporkan hilang atau membantu mangsa-mangsa kemalangan. Pada masa banjir, kebakaran dan lain-lain bencana, mereka menyediakan tempat berteduh, pengangkutan dan penjagaan kepada mangsa-mangsa. | UMUM | |
PERTOLONGAN CEMAS | Pertolongan cemas ialah rawatan serta-merta yang diberi kepada mangsa yang mengalami kemalangan, sakit yang mendadak, atau lain-lain kecemasan perubatan. Pertolongan cemas yang betul dapat menyelamatkan nyawa mangsa, lebih-lebih lagi jika mangsa itu mengalami pendarahan yang banyak, terhenti pernafasannya, atau terkena racun. Pertolongan cemas juga boleh mencegah masalah perubatan yang selanjutnya yang terhasil daripada kecederaan atau sakit. | UMUM | |
DADAH | Dadah ialah salah satu alat profesion perubatan yang paling berharga. Doktor mempreskripsikan dadah untuk merawat atau mencegah banyak penyakit. Setiap tahun, penisilin dan dadah pembunuh kuman yang lain menyelamatkan nyawa mangsa meningitis, pneumonia, dan penyakit berjangkit lain yang berbahaya. | UMUM | |
PASTEUR, LOUIS | Pasteur, Louis (18221895), ahli sains Perancis, memberi sumbangan yang besar kepada ilmu kimia, perubatan, dan industri yang memberi banyak manfaat kepada manusia. Penemuannya bahawa penyakit disebarkan oleh bakteria telah menyelamatkan nyawa yang tidak terbilang banyaknya. Pasteur merupakan ahli sains teori yang agung dan yang menerapkan penemuan asasnya kepada masalah praktik yang penting baik dalam bidang industri mahupun dalam bidang perubatan. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| nyawa (kata nama) | 1. Bersinonim dengan roh: jiwa, semangat, hayat, sukma, atma, jana, umur, usia,
2. Bersinonim dengan buah hati: jantung hati, kekasih, juita, yang disayangi,
| Kata Terbitan : bersenyawa, mensenyawakan, bernyawa, |
|
Puisi |
---|
|
Cendana sarang tempurung, Encik Tambun menggulai siput; Nyawa merat seperti burung, Laksana embun di hujung rumput.
Lihat selanjutnya... |
|