Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
OKTAHEDRON | Oktahedron ialah sebarang rajah pepejal dengan lapan muka. Ia adalah sejenis polihedron (rajah pepejal dengan pelbagai muka). Muka oktahedron tidak semestinya berbentuk sama. Sesetengahnya mungkin segitiga dan terdapat jenis poligon yang lain. Pelbagai jenis oktahedron yang dikenali sebagai oktahedron sekata ialah polihedron cembung dengan kelapan-lapan mukanya bersamaan pada sebarang segitiga sama sisi. | UMUM | |
MERAH MUKA | Merah muka mengakibatkan muka dan leher menjadi merah dan panas. Keadaan ini berlaku apabila kapilari, pembuluh darah halus dalam kulit, dipenuhi darah secara tiba-tiba. | UMUM | |
MUKA | Muka ialah bahagian depan kepala seseorang. Ia terdiri daripada dahi, mata, hidung, mulut, pipi, dan dagu. Muka dilitupi otot dan kulit. Mata dilindungi daripada silauan dan habuk oleh kelopak mata, bulu mata, dan bulu kening. Hujung hidung terdiri daripada rawan dan kulit, yang bertindak sebagai kusyen yang anjal. Saluran hidung diliputi bulu halus yang menyaring habuk dan kotoran dalam udara daripada masuk ke dalam hidung. Mulut termasuk bibir, gigi, lidah, dan lelangit, dilapisi membran mukus. Rahang bawah adalah satu-satunya bahagian tulang pada muka yang bergerak. | UMUM | |
MUKA BUMI | Muka bumi, lapisan permukaan bumi yang nipis dan terdiri daripada tiga jenis bentuk muka bumi yang utama, iaitu gunung, dataran tinggi, dan tanah pamah. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
POLDER | Polder lihat Belanda (Muka bumi; gambar); Belgium (Muka bumi [Tanah pamah pantai pedalaman]). | UMUM | |
TOPOGRAFI KARS | Bentuk muka bumi di kawasan batu gamping, ciri-ciri dipengaruhi oleh kelarutan batuan dalam air. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
PIRAMID | Piramid dalam geometri, ialah bongkah dengan muka sisi berbentuk tiga segi yang bertemu pada satu titik atau punca sepunya. Tapak piramid dikenali sebagai poligon , iaitu permukaan datar yang disempadani oleh tiga atau lebih sisi. Jumlah muka mana-mana piramid bergantung pada jumlah segi di atas tapak. Titik terjauh dari tapak tempat semua muka bertemu dikenali sebagai puncak piramid. | UMUM | |
TEBING | Bentuk muka bumi yang menjunam ke bawah secara tiba-tiba. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI | Geomorfologi pinggir pantai. Kajian terhadap bentuk muka bumi dan proses yang membentuk serta mempengaruhi perkembangan sesuatu bentuk muka bumi di kawasan pinggir pantai. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
TEKANAN RERAMBUT | Perbezaan tekanan yang wujud pada antara dua muka yang memisahkan dua bendalir yang tak bercampur dengan salah satu daripada bendalir tersebut lebih memilih untuk membasahkan pepejal. Fasa bendalir yang membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa membasah manakala fasa bendalir yang tidak membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa tak mem-basah. Bagi seorang saintis, tekanan rerambut biasanya dinyatakan sebagai tekanan dalam fasa tak membasah tolak tekanan dalam fasa membasah. Tekanan rerambut dalam sistem air-minyak ialah tekanan dalam fasa minyak (Po) tolak tekanan dalam fasa air (Pw), iaitu Pc = Po Pw. Dalam sistem gas-air pula, tekanan rerambut ialah tekanan dalam fasa gas (Pg) tolak tekanan dalam fasa air, iaitu Pc = Pg Pw. Unit yang biasa digunakan bagi tekanan rerambut ialah mN/m2. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
|
Tesaurus |
---|
| muka (kata nama) | 1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,
2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior, Berantonim dengan belakang
| Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka, |
|
Puisi |
---|
|
Sirih kuning di muka pintu, Gajah bersila di dalam mangkuk; Putih kuning di muka pintu, Buat ubat mata mengantuk.
Lihat selanjutnya... |
|