Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
HIKAYAT SI MISKIN | HIKAYAT SI MISKIN, sastera hikayat berunsur Hindu. Hikayat yang mulanya berkembang sebagai cerita rakyat mempunyai nama lain, seperti Hikayat Marakarma, Hikayat Maharaja Marakarma dan Hikayat Anak Miskin. | SASTERA | Karya |
HAJI MISKIN | HAJI MISKIN ( ? - ? ), ulama dan pelopor gerakan Wahhabbi atau kaum muda di Minangkabau pada awal abad ke-19. Tarikh lahir dan meninggalnya tidak diketahui. Haji Miskin belajar agama sehigga empat tahun daripada Tuanku Nan Tua di Batutebal Agam dan kemudian meneruskan pengajian di Makkah. Sekembalinya dari Makkah pada tahun 1803, dia menetap di kampungnya, Pandai Sikek, kawasan penanaman kopi di kaki gunung Singgalang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AHLI SUFFAH | Ahli Suffah ialah golongan fakir miskin mukmin dalam kalangan para sahabat Rasulullah SAW yang tidak mempunyai rumah untuk didiami. Oleh itu, mereka mendiami suatu sudut yang teduh di Masjid Nabawi di Madinah. Mereka dikenali dengan nama Ahli Suffah dan kadang-kadang disebut juga sebagai Ashab al-Zillah (orang yang berteduh) dan Duyuf al- Islam (tetamu Islam). Perkataan Suffah ialah perkataan Arab dan apabila dikaitkan dengan bangunan, ia bererti sesuatu bahagian yang teduh di dalam bangunan itu, yang menyerupai ruang legar yang luas dan tinggi. Ibn Taymiyyah berkata, Al-Suffah yang dikaitkan dengan nama Ahli Suffah kalangan sahabat Nabi SAW, terletak di bahagian hujung sebelah utara masjid Nabi SAW di Madinah al-Munawwarah. Ia ialah tempat fakir miskin dari kalangan orang mukmin berteduh, iaitu mereka yang tidak mempunyai keluarga dan tidak ada tempat berteduh. | UMUM | |
NEGARA MEMBANGUN | Negara membangun ialah negara miskin dan negara yang tidak berada. Negara seperti ini pernah dikenali sebagai negara tidak membangun, tetapi kini ramai ahli ekonomi lebih gemar menggunakan istilah negara membangun dan negara kurang membangun . Lazimnya negara sedang membangun mengalami kekurangan bahan makanan, kurang sumber tenaga, dan kadar Keluaran Negara Kasar (KNK) yang rendah. KNK ialah nilai semua barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesuatu negara dalam satu tahun. Ahli ekonomi biasanya mengelaskan negara mengikut asas per kapita (untuk seorang individu) KNK, iaitu KNK dibahagikan dengan jumlah penduduk. | UMUM | |
STEINBECK, JOHN | Steinbeck, John (19021968) ialah pengarang Amerika yang menerima Hadiah Nobel tahun 1962 bagi kesusasteraan. Fiksyen Steinbeck yang paling terkenal membawa pembaca menyelami perit jerih perjuangan hidup orang miskin. Novelnya yang paling terkenal, The Grapes of Wrath (1939) memenangi Hadiah Pulitzer 1940. Novel itu mengisahkan tentang sebuah keluarga petani miskin, iaitu keluarga Joads dari Oklahoma, yang berhijrah ke California untuk mencari kehidupan yang lebih baik ketika Zaman Kemelesetan pada tahun 1930-an. Steinbeck berjaya menggambarkan dengan berkesan bagaimana perit jerih perjuangan sebuah keluarga mencerminkan kesengsaraan hidup rakyat di seluruh negara. Melalui inspirasi Jim Casy, seorang pengurus tenaga buruh, keluarga Joads mengetahui bahawa orang miskin perlu bekerjasama untuk hidup. | UMUM | |
KEFAKIRAN | Kefakiran ialah keadaan kesempitan dan keadaan yang manusia menjadi miskin apabila kehilangan sumber pendapatan untuk menanggung mereka. | UMUM | |
PISISTRATUS | Pisistratus ( ? 572 S.M.) ialah pemerintah Athens purba yang terkenal. Dia mengambil rakyat miskin untuk berkerja membuat projek awam seperti pembinaan kuil dan taman air pancut. | UMUM | |
SELVON, SAMUEL | Selvon, Samuel (1923 ) ialah penulis Caribbean yang menjadi terkenal kerana menghasilkan gambaran tragikomik tentang golongan miskin dan terbuang di Trinidad dan United Kingdom. Karyanya menerokai kehidupan mereka yang meninggalkan Caribbean untuk masa depan yang lebih cerah di United Kingdom, tetapi mereka hanya menghadapi prejudis, pemulauan, dan eksploitasi. | UMUM | |
SISTERS OF CHARITY | Sisters of Charity ialah anggota wanita beberapa komuniti agama Roman Katolik. Mereka mengabadikan diri membantu orang miskin, orang sakit, orang tua, dan anak yatim. | UMUM | |
SISTERS OF MERCY | Sisters of Mercy ialah biarawati yang menganggotai mazhab Roman Katolik. Misi utama Sisters of Mercy ialah menjaga orang miskin dan orang sakit terutamanya wanita yang menderita dan mendidik golongan muda. Kumpulan ini diasaskan di Dublin pada tahun 1827. Pengasasnya dan ketua biarawati yang pertama ialah Catherine McAuley (Mother Mary Catherine). | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| miskin (adjektif) | Bersinonim dengan fakir, papa, daif, susah, payah, melarat, merana, merempat, menderita, sengsara,
azab, kedana, sarit, bapet, bulus, bangsat, sengkek, makan dawai, makan kawat, makan kerawit,
makan tali, makan tanak, makan nasi dengan garam, kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang;, | | Kata Terbitan : memiskinkan, kemiskinan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak Cina berbaju satin, Sudah satin jarang pula; Hina saya kerana miskin, Sudah miskin dagang pula.
Lihat selanjutnya... |
|