Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MARAH | Marah lihat Emosi. | UMUM | |
MARAH RUSLI | MARAH RUSLI, (1889 1968), penulis Indonesia. Dia lahir pada 7 Ogos 1889 di Padang, Indonesia. Dia mendapat latihan perguruan di Sekolah Raja Buktinggi, Sumatera. Kemudian Marah Rusli berpindah ke Sekolah Doktor Haiwan di Bogor dan lulus pada tahun 1915. Sewaktu revolusi berlaku di Indonesia, dia dilantik sebagai, Major, Angkatan Laut Indonesia. | SASTERA | Tokoh |
PETIR | Petir. Manusia prasejarah menganggap petir sebagai suara dewa yang bergemuruh apabila marah kepada manusia di bumi. Kini, ahli sains tahu bahawa petir berpunca daripada pengembangan udara secara mendadak kerana dipanaskan oleh kilat. | UMUM | |
PSYCHE | Psyche ialah seorang puteri dalam mitos purba. Dia begitu cantik sehingga orang berpaling memujanya, dan bukannya Venus, dewi cinta. Venus menjadi marah, lalu menghantar anak lelakinya, Cupid (Cinta) untuk menghukumnya. Walau bagaimanapun, Cupid jatuh cinta kepada Psyche dan melarikannya ke istana dunia pari- parinya yang diperbuat daripada emas dan batu permata. Cupid mengunjungi Psyche hanya pada malam hari sahaja dan memberitahunya bahawa sekiranya dia melihat Cupid dalam cahaya, dia terpaksa meninggalkan Psyche untuk selama- lamanya. Tetapi Psyche, selalu digesa oleh saudara- saudara perempuannya yang zalim, pada suatu malam menyalakan lampu untuk melihat Cupid semasa dia sedang tidur. Cupid terjaga dan meninggalkan Psyche. | UMUM | |
KATAPLEKSI | Katapleksi ialah satu keadaan yang melibatkan kehilangan sementara keadaan normal otot secara tiba-tiba. Ia selalunya disebabkan oleh keadaan emosi yang keterlaluan terutamanya ketawa, marah, dan keterujaan. Serangan katapleksi ini berbeza kadar dan lamanya. Serangan yang sederhana boleh menyebabkan lemah pada lutut, atau rahang ternganga, atau kepala terlentok. | UMUM | |
ADRENALIN | Adrenalin ialah hormon yang dirembes oleh kelenjar adrenal. Ia juga dikenali sebagai epinefrina. Adrenalin membantu badan menyesuaikan diri dengan tekanan yang tiba-tiba. Apabila seseorang menjadi marah atau takut, kelenjar adrenal melepaskan adrenalin ke dalam darah. Hormon ini menyebabkan perubahan dalam badan untuk menjadikannya lebih cekap untuk berlawan atau lari. Contohnya, adrenalin meningkatkan kekuatan dan kadar denyutan jantung dan menaikkan tekanan darah. Ia juga mencepatkan penukaran glikogen kepada glukos yang memberikan tenaga kepada otot. | UMUM | |
SINDROM PRAHAID (SPH) | Sindrom prahaid (SPH) ialah keadaan yang melibatkan ramai wanita, 3 hari hingga 10 hari sebelum haid bermula. Sindrom ini mempunyai pelbagai gejala, termasuk kegelisahan, kemurungan, perubahan mood dengan tiba-tiba, mudah menangis, berasa marah atau jengkel, sakit kepala, bengkak, kesakitan payu dara, sembelit, berasa lapar, dan kelesuan. Wanita yang diserang oleh SPH mungkin mengalami beberapa gejala ini pada masa yang sama, dan gejala ini mungkin sederhana atau teruk. | UMUM | |
BIAWAK BERLIDAH BIRU | Biawak berlidah biru ialah biawak Australia yang berbadan gempal yang dinamakan demikian kerana lidahnya berwarna biru cerah yang terjulur apabila ia marah atau cemas. | UMUM | |
SALIM I | Salim I (872926 H./14671520 M.), sultan kesembilan dalam kerajaan Uthmaniyyah. Nama penuhnya ialah Salim ibn Bayazid II. Salim I lahir di Istanbul dan pernah menjawat jawatan gabenor di Sanjaq Tarabzun pada akhir zaman pemerintahan bapanya. Salim I menduduki takhta ayahandanya secara kekerasan pada tahun 918 H./ 1512 M.. Saudara-saudaranya amat marah lalu berlakulah perang saudara tetapi berjaya mengalahkan mereka. | UMUM | |
SITI NURBAYA | SITI NURBAYA, novel karya Marah Rusli. Novel ini diterbitkan pada tahun 1922 oleh Balai Pustaka. Hingga tahun 1993, ia telah diulang cetak sebanyak 21 kali. Judul asal novel ini ialah Siti Nurbaya, Kasih Tak Sampai. Novel ini pernah disiarkan secara bersiri oleh Televisi Republik Indonesia pada tahun 1991. | SASTERA | Karya |
|
Tesaurus |
---|
| marah (kata kerja) | Bersinonim dengan murka, meradang, memberang, gusar, bengis, bengkeng, berangsang, memberangsang,
menyerangsang, jengkel, menyebat, mendidih, menyirap, meredap, merengus, mengamuk, panas hati,
sakit hati, terbakar naik geram, naik angin, naik darah, naik hantu, naik minyak, naik palak,
naik panas, naik setum, naik seh, hangus hati, hangus dada, tersirap hati, merah telinga,
menepuk dada, bermengkal hati, menyangkak hati, jaki, murih, sengiang, mengambek, merampang,
mendongkol, palak, meranyuk;, | | Kata Terbitan : memarahi, memarahkan, kemarahan, pemarah, |
|
Puisi |
---|
|
Keledek merah pucuk meranti, Masak lemak tengah hari; Sanak marah saudara benci, Biarlah hamba membawa diri.
Lihat selanjutnya... |
|