Kata |
Takrif |
Sumber |
jengkel | /jéngkél/ berasa sakit hati atau kesal kerana permintaannya ditolak (nasihatnya tidak dipedulikan orang dll); sebal hati: Kalau aku sudah ~, aku tidak mahu melihat mukanya lagi. menjengkeli berasa jengkel pd: Orang ramai ~nya kerana perangainya yg keras kepala. menjengkelkan menimbulkan rasa jengkel; menyebabkan berasa jengkel: Perangai pemuda-pemuda liar di kampung itu ~ hati Datuk Penghulu. kejengkelan keadaan atau rasa jengkel: ~nya tidak dihiraukan oleh teman-temannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jengkel | /jéngkél/ berasa sakit hati atau kesal kerana permintaannya ditolak (nasihatnya tidak dipedulikan orang dll); sebal hati: Kalau aku sudah ~, aku tidak mahu melihat mukanya lagi. menjengkeli berasa jengkel pd: Orang ramai ~ nya kerana perangainya yg keras kepala. menjengkelkan menimbulkan rasa jengkel; menyebabkan berasa jengkel:Perangai pemuda-pemuda liar di kampung itu ~ hati Datuk Penghulu. kejengkelan keadaan atau rasa jengkel: ~nya tidak dihiraukan oleh teman-temannya. | Kamus Pelajar |
jengkel | (jéngkél) berasa sangat kesal (kerana tidak sampai maksud dll), sebal hati, mendongkol: ~ hatiku melihat kelakuan gadis itu; menjengkeli sebal hati terhadap: kebanyakan orang kampung ~nya kerana tingkah lakunya; menjengkelkan 1. berasa jengkel tentang sesuatu hal, mengesalkan hati: tidaklah ini membosankan dan ~ hati; 2. menyebabkan kesal (sebal dll): perbuatan Ahmad ~ orang tuanya; kejengkelan perihal jengkel (sebal dll): tindakan yg diambil itu ialah akibat ~nya melihat keadaan yg serba tidak terurus itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjengkelkan | menimbulkan rasa jengkel; menyebabkan berasa jengkel: Perangai pemuda-pemuda liar di kampung itu ~ hati Datuk Penghulu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjengkelkan | menimbulkan rasa jengkel; menyebabkan berasa jengkel:Perangai pemuda-pemuda liar di kampung itu ~ hati Datuk Penghulu. | Kamus Pelajar |
sebal I | = ~ hati berasa dongkol atau marah dlm hati (kerana kecewa dll), berasa kesal (kecewa), jengkel, mendongkol: melegakan hati yg ~; dgn perasaan yg ~, kami bertujuh pulang hampa; menyebal menjadi (berasa) sebal, menjadi jengkel (mendongkol); kalau pujuk makin ~, kalau marah baharu ketawa prb kelakuan yg tidak pd tempatnya; menyebalkan menyebabkan sebal, menim-bulkan rasa dongkol, mengesalkan; penyebal orang yg mudah berasa sebal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesal | 1. berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel: penduduk-penduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu; katanya ia tidak ~ tentang apa yg berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir; 2. perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel: ia mengisahkan dgn ~ tentang perceraiannya dgn isterinya; mereka berbuat sesuatu dgn tidak berfikir, kemudian timbul pula ~; mengesali berasa kesal (tidak senang) akan: menteri itu ~ sikap setengah-setengah parti pembangkang dlm hal ini; beliau ~ pergaulan bebas pemuda-pemudi; mengesalkan menyebabkan berasa kesal (kecewa, tidak senang hati), menimbulkan (membangkitkan) kesal: hal itu sangat ~ hati mereka berdua; kesalan rasa kesal: raut mukanya yg berkerut-kerut itu menunjukkan ~nya di atas segala-gala yg telah berlaku; kekesalan perihal (perasaan) kesal, kekecewaan, kesebalan, kejengkelan: mereka yg tidak berjaya kembali dgn penuh ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesal hati | 1. berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel: penduduk-penduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu; katanya ia tidak ~ tentang apa yg berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir; 2. perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel: ia mengisahkan dgn ~ tentang perceraiannya dgn isterinya; mereka berbuat sesuatu dgn tidak berfikir, kemudian timbul pula ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjengkeli | berasa jengkel pd: Orang ramai ~nya kerana perangainya yg keras kepala. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kejengkelan | perihal jengkel (sebal dll): tindakan yg diambil itu ialah akibat ~nya melihat keadaan yg serba tidak terurus itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
irk | vt (act.) menjengkelkan, menyebabkan [sso] jengkel; (pass.), (naik) jengkel; (when subj of sentence is it) berasa jengkel: he was ~ed by the unnecessary delays, dia jengkel krn berlakunya kelewatan yg tdk patut terjadi; it ~s her to see this sort of thing happening, dia berasa jengkel melihat perkara begini berlaku. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
irritation | n 1. annoyance, kejengkelan, rasa jengkel: he tried to unsuccessfully hide his ~, dia mencuba menyembunyikan rasa jengkelnya tetapi gagal; in ~, krn (berasa) jengkel: he frowned in ~, keningnya berkerut krn dia jengkel; to sos ~, berasa jengkel: he found, to his ~, that the bus had already left, dia berasa jengkel apabila mendapati bas itu telah berlepas; 2. soreness, inflammation, kerengsaan, iritasi: scratching will only increase the ~, menggaru akan menambah kerengsaan; 3. st that causes annoyance, (approp n + yg) menjengkelkan: one of the many ~s of everyday life, salah satu perkara yg menjengkelkan dlm kehidupan sehari-hari. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
annoyed | adj jengkel, gemas, berasa sakit hati: I am ~ with him, saya jengkel terhadapnya; he was ~ at not being told about it, dia jengkel krn tdk diberitahu ttg perkara itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
irritated | adj 1. feeling annoyed, (berasa) jengkel: from the look on his face I could tell that he was ~, dr wajahnya saya tahu bahawa dia jengkel; 2. showing that so. is annoyed, menunjukkan sso (berasa) jengkel: he made an ~ gesture and then stood up to leave the room, dia membuat gerak isyarat yg menunjukkan dia jengkel lalu berdiri utk meninggalkan bilik itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
exasperated | adj jengkel:as the minutes passed he became more and more ~, setiap minit berlalu, dia menjadi semakin jengkel. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
irritably | adv dgn rasa jengkel: just leave it there, she said ~, letakkan saja di situ, katanya dgn rasa jengkel. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
exasperate | vt irritate, (act.) menjengkelkan; (pass.) (berasa) jengkel: our persistent questioning ~d mother, soalan kami yg tdk henti-henti menjengkelkan ibu; I was ~d by the noise, saya berasa jengkel mendengar bunyi bising itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fret1 | vi (worry) risau, bimbang; (become irritated or unhappy) jengkel, sebal (hati): theres no need to ~, kamu tdk perlu risau; he ~ted and grumbled at the delay, dia jengkel dan merungut-rungut krn kelewatan itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bug | vt (colloq) 1. annoy, bother, menjengkelkan; (imper) mengacau; (when subj of sentence is it) berasa jengkel: stop ~ging him, jangan mengacau dia lagi; it really ~s me when people keep interrupting, saya berasa jengkel apabila orang asyik mencelah; 2. install concealed microphone in, memasangi [sst] dan peranti pepijat: the room had been ~ged, bilik itu telah dipasangi peranti pepijat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
chafe | vi 1. become sore by rubbing, melecet, melelas: her skin ~s easily, kulitnya mudah melecet; 2. become irritated, berasa jengkel: the child ~d under such treatment, budak itu berasa jengkel apabila diperlakukan sedemikian; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
irridex | indeks jengkel | Pelancongan | Tiada | Laporan statistik yang digunakan sebagai petunjuk untuk mengukur tahap kecenderungan sikap masyarakat terhadap aktiviti pelancongan. |
satyr play | drama satir | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang dipersembahkan untuk menyindir golongan tertentu. Drama ini bersifat bodoh, jengkel dan mengandungi unsur lawak. Persembahan drama satir merupakan bahagian terakhir daripada kumpulan empat persembahan yang terdiri daripada tiga persembahan drama tragedi dan sebuah drama satir. Persembahan satir mempersendakan golongan yang mungkin juga protagonis dalam tiga persembahan drama tragedi sebelumnya. Persembahan drama ini diiringi oleh sekumpulan korus satir, iaitu makhluk separuh manusia dan separuh kampung. Contoh drama satir yang masih wujud ialah Cyclops oleh Euripides. Satir tidak ada kaitan dengan satira. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
jengkel | sungut [suut] | Melanau Dalat | |
menyasel | jengkel | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
jengkel | [jéng.kél] | جيڠکيل |
|
Tesaurus |
---|
| jengkel | | Rujuk :marah |
|
|