Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam.

Takrif

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam.

Takrif

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Merajuk pada yang kasih, marah kepada yang takut.

Takrif

Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ombak membanting sendirinya.

Takrif

Marah yang sia-sia.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Beruras katang-katang.

Takrif

Sangat marah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai diurap dengan daun katang-katang, b. Dilumas dengan daun katang-katang). beruras = dilumas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rasa pedih cuping telinga.

Takrif

Marah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti ular dikutik ekor.

Takrif

Marah yang amat sangat; bergerak cepat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti harimau lepas tangkap.

Takrif

Marah dan bengis.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Takkan harimau makan anaknya.

Takrif

Marah bapa kepada anaknya, tidak akan sampai membunuh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gajah dipandang seperti kuman.

Takrif

Terlalu marah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Puisi
 

Keledek merah pucuk meranti,
     Masak lemak tengah hari;
Sanak marah saudara benci,
     Biarlah hamba membawa diri.



Lihat selanjutnya...