Kata |
Takrif |
Sumber |
berangsang | ; memberangsang marah benar; amat marah. memberangsangkan membangkit-bangkitkan hati supaya berani, marah dsb; membangkitkan keberanian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berangsang | marah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berangsang | ; memberangsang amat marah, menunjukkan kemarahan (seseorang), memarahi: Awak ini betul bodoh, ia ~ ke telinga orang itu;memberangsangkan 1. membangkitkan keberanian (semangat dll), memberanikan: ia sukacita mendengar kata-kata tabib yg ~ hatinya; 2. membangkitkan kemarahan (perasaan marah);pemberangsang 1. pemarah; 2. minuman (makanan) utk memberangsangkan; ® rangsang I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berangsang | memberangsang marah benar; amat marah. memberangsangkan membangkit-bangkitkan hati supaya berani, marah dsb; membangkitkan keberanian. | Kamus Pelajar |
galak I | 1. berangsang, ganas, garang, suka melawan: anjing yg ~; 2. kuat dan memuncak (bkn tangisan): ngongoi Mak Esah semakin ~ jadinya: 3. tidak berhenti dan giat (melakukan sesuatu), sangat giat (aktif): kameranya ~ merakam; kegiatan kongsi gelap tidak se~ dulu; 4. Kl gembira, ria; 5. Kd, Pn mempunyai sifat-sifat tidak bermalu (bkn lelaki suka mengusik perempuan dsb, bkn perempuan suka bergaul bebas dgn lelaki dsb), gatal;menggalak menjadi galak (berangsang, ganas, dll), menjadi sangat marah (berani dsb); menggalakkan 1. membangkitkan marah: ~ ayam sabungan; 2. memberi semangat, memberi dorongan: tunangannya ~ dia melanjutkan pelajarannya;galakan dorongan, desakan: ia memberi ~ kpd belia supaya menjadi ahli sukan;penggalakan perihal atau perbuatan menggalakkan: mereka membincangkan ~ industri kecil;penggalak orang yg menggalakkan (memberi semangat, mendorong): raja-raja menjadi penaung, ~ dan peminat bahasa dan kesusasteraan; ~ akar bahan kimia utk membanyakkan akar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggalak | menjadi galak (berangsang, ganas, dll), menjadi sangat marah (berani dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perangsang | 1. sesuatu yg digunakan utk menimbulkan rangsang (perasaan marah, gembira, dll); memberi ~ memberi galakan; ubat ~ ubat yg membangkitkan rangsang; 2. kegusaran, kemarahan: ~ hasratnya begitu besar sehingga seluruh sarafnya menjadi gempar; naik ~ menjadi marah (gusar); berangsang; serangsang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangsang | I 1. amat kuat menimbulkan rasa pencium (bau); 2. amat kuat menimbulkan perasaan (marah, gembira, dll): saya sendiri harus mengakui bahawa kadang-kadang terbit ~ saya membaca pemandangan-pemandangannya ...; 3. minuman dll yg menimbulkan kegembiraan (keseronokan, keberanian, dll); 4. (Bio) = perangsang: saraf itu mengalirkan ~ dr alat perasa masuk ke otak; berangsang marah; merangsang 1. menyebabkan berasa rangsang: di dapur bau daging ~ hidungnya; 2. membangkitkan sesuatu perasaan (spt keghairahan, keberanian, kemarahan, dll), menimbulkan sesuatu perkembangan dll: kami diberi minuman utk ~ diri; larangan drpd mengadakan pembicaraan terbuka takut akan ~ rakyat utk bangkit memberontak; cerpen-cerpen beragam macam dgn hiasan ilustrasi yg cukup ~ selera; promosi yg ~ minat pengguna; 3. = ~ hati panas hati, marah: Sutan Ameh ~; ~ hatinya melihat tingkah lakunya itu; terangsang tertarik hati atau timbul minat (keinginan, semangat dsb) terhadap sesuatu atau seseorang kerana didorong oleh sesuatu faktor, ciri, keistimewaan dsb, bersemangat: dia kelihatan ~ dan ingin membacanya selepas itu; sememangnya remaja mudah ~ dan terpengaruh oleh paparan spt itu; rangsangan sesuatu yg merangsang, faktor (sumber dsb) yg menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi: Skinner juga berpegang pd teori behaviorisme, iaitu pembelajaran berlaku kalau ada ~ dan gerak balas; perangsangan perihal merangsang; perangsang 1. sesuatu yg digunakan utk menimbulkan rangsang (perasaan marah, gembira, dll); memberi ~ memberi galakan; ubat ~ ubat yg membangkitkan rangsang; 2. kegusaran, kemarahan: ~ hasratnya begitu besar sehingga seluruh sarafnya menjadi gempar; naik ~ menjadi marah (gusar); berangsang; serangsang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
agitated | adj 1. aroused, naik /rangsang, berangsang/: the crowd became ~ at the referees decision, para penonton naik berangsang dgn keputusan pengadil; 2. upset, a. (of person) terganggu fikiran, gelisah, resah; b. (of mind) terganggu, runsing; c. (of feelings) terganggu; d. (of voice) tdk tenang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
berangsang | [be.rang.sang] | برڠسڠ |
|
|