Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MAMPU TEMPA | Mampu tempa ialah kemampuan logam untuk ditempa atau ditekan menjadi kepingan yang nipis. | UMUM | |
KAPAL PERANG | Kapal perang ialah kapal tempur tentera laut. Sesetengah kapal perang mampu menyerang pesawat udara, kapal permukaan, dan kapal selam musuh. | UMUM | |
TIKUS TOBRUK | Tikus Tobruk ialah pasukan tentera Pihak Berikat dalam Perang Dunia II, yang mampu bertahan dalam satu pengepungan selama lapan bulan, semasa kempen Afrika Utara pada tahun 1941. Pasukan tentera Berikat telah dikepung oleh Kor Jerman Afrika di Tobruk, yang terletak di pesisiran pantai Libya, setelah keseluruhan Tentera Inggeris berundur dari situ. Mereka bertahan dari 11 April hingga 10 Disember, apabila tentera Jerman menghentikan kepungan itu. | UMUM | |
DEERE, JOHN | Deere, John (18041886) ialah pereka dan pengusaha Amerika. Pada tahun 1837, dia mencipta bajak keluli pertama yang mampu membalikbalikkan tanih prairi Amerika yang padat. | UMUM | |
PEMISAH MINYAK DAN GAS | Bejana tekanan yang digunakan untuk memisahkan bendalir yang dikeluarkan dari telaga minyak atau telaga gas kepada gas dan cecair. Bejana pemisah ini biasanya digunakan di pelantar pengeluaran atau di kawasan pajakan petroleum berdekatan dengan kepala telaga, pancarongga atau deretan tangki. Bejana tersebut mesti mampu untuk mengendali slug dan beban daripada bendalir telaga yang dikeluarkan. Dengan demikian, bejana tersebut lazimnya mempunyai ukuran yang mampu untuk mengendalikan kadar alir seketika yang tinggi. Pembinaan terperinci sesebuah pemisah bergantung pada muatan yang diperlukan dan tekanan operasi. | KEJURUTERAAN | Alat/Alatan |
ALI-ALI | Ali-ali ialah sejenis senjata yang paling kuno. Kemungkinan, tarbil merupakan senjata yang pertama direka bentuk untuk melontar batu dengan lebih kuat berbanding dengan lontaran yang mampu dilakukan oleh manusia dengan tangan. | UMUM | |
ABU ZAYD AL-ANSARIY | Abu Zayd al-Ansariy ( ?251 H./ ? 830 M.), pakar ilmu nahu dan pengarang buku-buku sastera dan bahasa. Nama penuhnya ialah Said ibn Aws ibn Thabit al-Ansariy. Dia ialah imam yang terkenal. Dia mampu menguasai ilmu bahasa dan ilmu-ilmu yang sukar dikuasai oleh orang lain. Dia berguru dengan Abu Amru ibn al-Ala, Ruyah ibn al-Ajaj, Amru ibn Abid, Abu Hatim al-Sajistaniy, Abu Ubayd al-Qasim ibn Salam, Umar ibn Shubbah dan sekumpulan tokoh lain. Abu al-Abbas pernah berkata, Abu Zayd seorang yang berkebolehan dalam ilmu nahu tetapi masih tidak mampu menyaingi al-Khalil dan Sibawayh. Sekalipun Yunus menyamainya dalam penguasaan ilmu bahasa, namun Yunus lebih mengatasinya dalam ilmu nahu. Abu Zayd ialah orang ketiga dalam penguasaan ilmu nahu. | UMUM | |
SOYINKA, WOLE | Soyinka, Wole (1934 ) ialah penyair, penulis drama, novel, dan pengkritik dari Nigeria. Dia menerima Hadiah Nobel untuk kesusasteraan pada tahun 1986. Soyinka seorang penulis serba boleh yang mampu mengubah penulisannya antara satira lucu dengan gaya lirik yang indah dalam pelbagai karyanya. Dia mengadunkan teknik penulisan Barat untuk cerita rakyat kaum Yoruba dengan amat berkesan. Dua buah novelnya ialah The Interpreters (1965) dan Season of Anomy (1973). Antara karya dramanya yang diterbitkan termasuk The Swamp Dwellers (1958), The Lion and the Jewel, dan The Invention (1959). | UMUM | |
PERANG MALAZDHKIRD | Perang Malazdhkird berlaku antara tentera Islam Saljuk di bawah pimpinan Sultan Alb Arsalan dengan tentera kerajaan Rom, pimpinan Raja Romanus pada tahun 463 H. (1071 M.). Antara sebabnya ialah Sultan Saljuk, Sultan Alb Arsalan mampu menguasai hampir kesemua negara Kristian berdekatan seperti Georgia dan Armun. Dia menyebarkan agama Islam di negara itu. | UMUM | |
BANKRAP | Bankrap, keadaan apabila seseorang, syarikat atau pemilik perniagaan (penghutang) berada dalam keadaan tidak mampu membayar hutangnya, biasanya lebih besar daripada jumlah aset. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| mampu | 1. Bersinonim dengan berada ( berharta, berwang, berduit, ) (kata kerja:)
2. Bersinonim dengan kaya ( senang, mewah, ) (adjektif:)
3. Bersinonim dengan boleh ( dapat, berupaya, sanggup, terdaya, bersedia, terlarat, terbuat, lalu, bisa, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : kemampuan, |
|
|