Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MAJLIS PRIVI | Majlis Privi ialah majlis kehormat yang dilantik oleh raja Great Britain. Anggota Majlis Privi terdiri daripada ahli kabinet, pemimpin politik, hakim, dan sarjana yang dipilih dari negara-negara Komanwel yang mengakui raja Inggeris sebagai simbol ketua negara Komanwel. Dalam kebanyakan hal, majlis ini ialah sebagai anggota kehormat. Anggota majlis ini hanya bergaji, apabila mereka diberi tempat dalam kabinet. Ketua hakim majlis ini ialah anggota dewan kabinet Inggeris. | UMUM | |
MAJLIS TARIAN BERTOPENG | Majlis tarian bertopeng ialah nama suatu majlis sosial atau tari-menari di mana topeng dan kostum yang beraneka ragam dipakai. | UMUM | |
MAJLIS EROPAH | Majlis Eropah ialah sebuah organisasi yang terdiri daripada sembilan negara. Majlis ini berusaha menggalakkan kesatuan yang lebih rapat antara negara-negara anggotanya bagi mencapai kemajuan ekonomi dan sosial. Organisasi ini sebenarnya tidak mempunyai sebarang kuasa sebenar dan hanya bertindak sebagai penasihat. Ia lebih berperanan untuk mempereratkan kerjasama dalam bidang politik, sosial, budaya dan hal-hal yang berkait dengan undang-undang. | UMUM | |
MAGERAN | MAGERAN ialah Majlis Operasi yang ditubuhkan semasa Darurat untuk menyelaraskan kerja pentadbiran awam, tentera dan polis bagi mengembalikan keamanan negara. MAGERAN ialah singkatan Majlis Gerakan Negara. Majlis ini ditubuhkan berikutan ketegangan dan kekacauan yang melanda Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada 16 Mei 1969 dengan Tun Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai pengarahnya. Anggota MAGERAN yang lain terdiri daripada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Presiden MCA, Presiden MIC, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku Osman Mohd. Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh dan Leftenan Jeneral Dato Ibrahim Ismail. | UMUM | |
MAJLIS KEBANGSAAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA | MAJLIS KEBANGSAAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA, badan yang menguruskan pentadbiran hal ehwal Islam pada peringkat kebangsaan. Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ditubuhkan pada 17 Oktober 1968 oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Pada mulanya, majlis ini dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Barat. Pada 17 Jun 1971, namanya ditukar kepada Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, untuk memperluaskan lagi keahliannya ke negeri Sabah dan Sarawak. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
MAJLIS UNDANGAN BORNEO UTARA | MAJLIS UNDANGAN BORNEO UTARA, badan perwakilan golongan pemodal Eropah dan Asia semasa pentadbiran British. Majlis ini dibentuk pada tahun 1912 bagi menggantikan Majlis Penasihat (18831909), yang bertujuan membantu pentadbiran kerajaan. Ahli majlis ini seramai tujuh orang ahli rasmi dan empat orang ahli tidak rasmi yang dilantik oleh gabenor. Ahli tidak rasmi mewakili para peladang di Pantai Barat dan Pantai Timur, para peniaga Eropah, serta para peladang Cina. Pada mulanya peribumi serta orang Asia selain orang Cina diwakili oleh orang Cina. Keadaan ini kurang disenangi, lalu majlis diletakkan di bawah penyeliaan gabenor serta ahli rasmi majlis. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM-INDONESIA-MALAYSIA | Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) ialah badan bahasa yang asalnya ditubuhkan sebagai Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) pada 29 Disember 1972. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI | MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI, majlis penasihat hal ehwal peribumi. Majlis ini ditubuhkan di bawah Akta Undang-undang Pentadbiran Kampung 1913 oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada tahun 1915. Majlis ini dianggotai oleh gabenor sebagai presiden, setiausaha kerajaan, residen-residen dan pegawai-pegawai daerah sebagai penasihat, dan ketua-ketua anak negeri yang mewakili daerah masing-masing. Majlis ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapan para ketua anak negeri menjalankan tanggungjawab mereka, iaitu mengenal pasti masalah peribumi kesan daripada kesan daripada sistem pentadbiran British, dan juga sebagai wakil untuk menjalankan dasar kerajaan kepada peribumi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MAJLIS | Majlis, dalam kerajaan tempatan, ialah pihak berkuasa tempatan yang dilantik di sesebuah kawasan pentadbiran. Ia terdapat di banyak negara, termasuk Australia, New Zealand, Afrika Selatan, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. | UMUM | |
MAJLIS PEMULIHARAAN ALAM | Majlis Pemuliharaan Alam ialah badan yang dilantik oleh kerajaan untuk bertanggungjawab terhadap semua aspek pemuliharaan alam di United Kingdom. Pada tahun 1990, badan ini dibubarkan menjadi tiga organisasi yang berbeza. Organisasi itu ialah Countryside Council for Wales, English Nature, dan Scottish Heritage. Jawatankuasa Gabungan Pemuliharaan Alam menyelaraskan kegiatan ketiga-tiga organisasi wilayah ini. Di bawah Akta Kawalan Alam Sekitar tahun 1990, kumpulan ini menandakan simpanan alam negara, menentukan tempat-tempat yang mempunyai kepentingan saintifik, dan bertanggungjawab kepada penentuan simpanan alam laut. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| majlis (kata nama) | 1. Bersinonim dengan jawatankuasa: badan, lembaga, panel, senat, junta, panitia, jemeleh,
2. Bersinonim dengan upacara: acara, istiadat, keramaian, jamuan, parti, kenduri, pertemuan, perkumpulan,
perhimpunan.,
|
|
Puisi |
---|
|
Jika bergendang kulit kerbau, Dalam majlis tari menari; Adik ini dagang merantau, Mengharap belas abang di sini.
Lihat selanjutnya... |
|