Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KOMPLEKS SUKAN NEGARA | Kompleks Sukan Negara ialah kompleks sukan Malaysia yang mempunyai lima buah stadium atau gelanggang utama bertaraf antarabangsa. | UMUM | |
KOMPLEKS PERCETAKAN AL-QURAN AL-KARIM | Kompleks Percetakan al-Quran al-Karim Raja al-Malik Fahd, salah satu kompleks percetakan terbesar di dunia. Ia terletak di Madinah Munawwarah dan sejauh 15 kilometer dari Masjid Nabawi. | UMUM | |
KOMPLEKS OEDIPUS | Kompleks Oedipus, suatu konsep yang digunakan dalam psikoanalisis, merupakan keinginan bawah sedar kanak-kanak untuk mendapatkan kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa yang bertentangan jantina. | UMUM | |
KOMPLEKS BUSHVELD | Kompleks Bushveld ialah kawasan batuan gunung berapi seluas 50 000 kilometer persegi di bahagian tengah Transvaal, Afrika Selatan. | UMUM | |
AYAT KOMPLEKS | Ayat kompleks ialah ayat yang terdiri daripada klausa utama dan 2 klausa subordinat atau lebih. | BAHASA | Konsep |
PUSAT PELANCONGAN MALAYSIA | Kompleks tempat kegiatan seni dijalankan | KESENIAN | Institusi/Organisasi |
ASID NUKLEIK | Asid nukleik ialah molekul kompleks yang terdapat di dalam semua sel. Dua jenis asid nukleik ialah asid deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonukleik (RNA). DNA didapati terutama dalam nukleus sesuatu sel. Tetapi RNA boleh didapati dalam semua sel. Malah sel bakteria, yang tidak mempunyai nukleus, mengandungi DNA dan RNA. Sesetengah virus tertentu hanya mengandungi RNA dan virus lain hanya mengandungi DNA. | UMUM | |
LIGNIN | Lignin ialah bahan yang kompleks yang dibentuk oleh sel tumbuhan yang tertentu. Ia adalah satu daripada bahan utama dalam kayu. Lignin yang terdapat dalam dinding sel tisu kayu, berkaitan rapat dengan selulos. Ia terdiri daripada unsur yang sama seperti selulos, tetapi komposisi kimianya yang tepat masih belum diketahui. | UMUM | |
STADUIM NASIONAL BUKIT JALIL | Salah satu tempat untuk kegiatan sukan di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil | SUKAN | Institusi/Organisasi |
SENI ARCA | Seni arca adalah satu daripada seni yang paling kompleks. Walaupun perkataan seni arca pada asalnya bermakna memotong dan melibatkan teknik mengukir, tetapi objek yang dibentuk dikenali sebagai arca. Contoh arca berbeza-beza daripada arca yang berkuasa oleh Michelangelo hingga kepada topeng upacara orang Afrika, dan daripada patung batu yang menghiasi katedral hingga kepada gegantung (mobile) logam yang berayun gemalai apabila ditiup angin. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kompleks | Bahasa Asal :Inggeris | 1. Bersinonim dengan rumit ( sulit, sukar, kusut, celaru, ruwat, ruwet, sukar, payah, ) (adjektif:) Berantonim dengan mudah
2. Bersinonim dengan bangunan ( gedung, hotel, istana, puri, kondominium, flat, mahligai, pangsapuri,
vila, wisma, ) (kata nama:)
3. Dalam konteks psikologi bersinonim dengan rasa bangga diri, rasa rendah diri, perasaan tidak yakin, obsesi, mania,
fobia., (kata nama:)
|
|
|