Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERAYAAN UMAT ISLAM | Perayaan Umat Islam ialah hari kemuliaan, iaitu himpunan amalan yang berkaitan dengan ibadat dan adat. Dari segi amalan ibadat ialah solat, zikir (mengingati Allah), tahlil (berzikir dengan kalimah tauhid Lailahaillallah), tasbih (memuji Allah S.W.T. dengan Subhanallah) dan takbir (mengagungkan Tuhan dengan Allahu Akbar). Manakala adat kebiasaan pula seperti makan, minum, pakaian, perhiasan, kelapangan, kegembiraan dan amalan yang diharuskan dalam Islam. | UMUM | |
MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU | Majlis Raja-raja Melayu ialah badan penasihat yang bertindak sebagai pelindung institusi raja, keistimewaan kemuliaan dan kehormatan raja-raja Melayu. Ia dianggotai oleh raja atau sultan Tanah Melayu. | UMUM | |
PRIAM | Priam dalam mitologi Yunani, ialah raja terakhir Troy dan pemerintah kota tersebut sewaktu Perang Trojan dengan Yunani. Dia terkenal kerana kebaikannya, kemuliaan dan rasa hormatnya kepada dewa-dewa. Isteri Priam ialah Hecuba (atau Hecube). Priam mempunyai 50 orang anak lelaki dan 50 orang anak perempuan bersama-sama Hecuba dan perempuan-perempuan lain. Anaknya yang terkenal ialah putera Hector dan Paris serta puteri Cassandra. | UMUM | |
ABU AL-SAUD AL-AMADI | Abu al-Saud al-'Amadi ialah mufti dan ahli tafsir. Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn Muhammad ibn Mustafa al-Amadiy. Dia lahir di salah sebuah pinggir Kota Istanbul dalam keluarga yang mengutamakan ilmu dan kemuliaan. Dia mempelajari pelbagai ilmu daripada ulama yang terkemuka pada zamannya. Antara mereka ialah ayahnya sendiri sehingga dia terkenal dan tersebar namanya kerana ilmu dan kemuliaan yang dimilikinya. | UMUM | |
KESULTANAN KEDAH | KESULTANAN KEDAH, institusi kerajaan Kedah. Menurut sumber lisan dan legenda, asal usul institusi kerajaan Kedah berhubung rapat dengan Raja Rum yakni Turki (Hikayat Merong Mahawangsa), Raja Parsi (AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah), kerajaan Moghul di India (Sudut Pandan), dan Raja Maurya di India (Tawarikh Salahsilah Kedah Bahagian I). Walaupun sumber ini merupakan legenda dan sumber lisan, tujuan utama sumber tersebut adalah untuk memaparkan kemuliaan dan kesaktian asal usul Raja Kedah. Kemuliaan dan kesaktian itulah yang menjadi syarat utama hak kelayakan dan legitimasi dinasti Merong Mahawangsa sebagai dinasti pemerintah negeri Kedah dari zaman lampau hingga kini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
SURAH AL-HUJURAT | Surah al-Hujurat ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-49 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 28 ayat. Surah ini dinamakan al-Hujurat (bilik-bilik) kerana Allah S.W.T. menyebut tentang kemuliaan rumah Nabi Muhammad s.a.w., di dalamnya terdapat bilik-bilik yang telah diduduki oleh isteri-isteri Rasulullah s.a.w. yang suci. | UMUM | |
SURAH AL-MU'MINUN | Surah al-Muminun ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-23 mengikut susunannya surah-surah al-Quran dan mengandungi 118 ayat. Surah ini dinamakan al- Muminun sempena pujian terhadap amalan kebaikan dan kemuliaan orang-orang mukmin yang melayakkan mereka menduduki syurga yang tertinggi, iaitu syurga Firdaus. | UMUM | |
MAAHAD AL-EHYA ASSHARIF | MAAHAD AL-EHYA ASSHARIF, sekolah agama dan pusat gerakan nasionalisme Melayu Islam. Sekolah ini didirikan pada 15 April 1934, di Gunung Semanggol, Perak. Pengasasnya ialah Abu Bakar al-Baqir, Ustaz Abdul Rahman dan Penghulu Abdul Manaf. Al-Ehya Assharif membawa maksud menghidupkan kemuliaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
POTRET PANJANG SEORANG PENGUNJUNG PANTAI SANUR | POTRET PANJANG SEORANG PENGUNJUNG PANTAI SANUR, kumpulan karya Abdul Hadi W.M. Kumpulan puisi ini memuatkan 39 buah puisi yang ditulis antara tahun 1967 hingga 1972. Melalui puisi-puisinya dalam kumpulan ini Abdul Hadi menampilkan fenomena alam dan kekuasaan Tuhan. Bagi Abdul Hadi semua kejadian ini bersumber kepada kekuasaan dari kemuliaan Allah, yang mencipta alam dan isinya. | SASTERA | Karya |
|
Tesaurus |
---|
| mulia (adjektif) | Bersinonim dengan luhur, tertinggi, terhormat, murni, suci, kudus, bersih, agung, utama, syahdu, sani;, | | Kata Terbitan : memuliakan, kemuliaan, pemuliaan, |
|
|