Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MAMPU TEMPA | Mampu tempa ialah kemampuan logam untuk ditempa atau ditekan menjadi kepingan yang nipis. | UMUM | |
TERJUNAN KUTUB UTARA 1998 | Terjunan Kutub Utara 1998 ialah ekspedisi yang diusahakan bagi membuktikan kemampuan Malaysia mencuba sesuatu yang mencabar dan berani bersaing dengan negara-negara maju dunia. Ekspedisi yang dinamakan Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 29 Mac 1998. Ia diketuai oleh Rahim Dahalan atau dikenali sebagai Rahim King. | UMUM | |
DAVIS, SIR COLIN | Davis, Sir Colin (1927 ) ialah pemimpin orkestra Inggeris dan mempunyai kemampuan yang istimewa dalam menginterpretasi keaslian dan kesegaran sewaktu menjalankan tugasnya. | UMUM | |
RESENSI BUKU | Resensi buku ialah rencana yang diterbitkan dalam surat khabar atau majalah berkala yang mengumumkan penerbitan buku baru, menerangkan isi buku itu, dan menilainya. Nilai resensi buku bergantung kepada pengetahuan dan kemampuan orang yang membuat resensi dan juga keadilannya dalam membuat penilaian terhadap buku tersebut. Oleh sebab itu, pembuat resensi harus mempunyai pengetahuan yang luas tentang subjek buku yang diperkatakan itu, kebolehan menganalisis karya, dan standard kritikan yang tinggi. (Lihat Kritikan ). | UMUM | |
BARISAN BERTINDAK BAHASA KEBANGSAAN | BARISAN BERTINDAK BAHASA KEBANGSAAN, jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menentang usaha-usaha golongan tertentu yang cuba memperkecil kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia, seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan 1957. | BAHASA | Konsep |
QADARIYYAH, AL- | Qadariyyah, al-., kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai pendukung keadilan dan tauhid. Mereka dikenali dengan gelaran al-Muktazilah, al-Qadariyyah dan al-Adliyyah. Qadariyyah, al-., kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai pendukung keadilan dan tauhid. Mereka dikenali dengan gelaran al-Muktazilah, al-Qadariyyah dan al-Adliyyah. Pengikut aliran ini berpendirian bahawa manusia mempunyai kemampuan yang terbatas untuk memilih perbuatannya, berdasarkan kepada firman Allah Taala yang bermaksud: Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebaikan untuk dijalaninya dan jalan kejahatan untuk dijauhinya). (Surah al-Balad 90:10 ) | UMUM | |
ADAT PERKAHWINAN TORAJA | ADAT PERKAHWINAN TORAJA, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Toraja di Sulawesi, Indonesia. Adat perkahwinan ini berdasarkan pandangan hidup mereka yang disebut aluk-tudolo iaitu hidup sederhana sepadan dengan kemampuan dan petunjuk alam. Upacara adat perkahwinan (siala atau sipabaine) diadakan secara sederhana dan dalam waktu beberapa hari sahaja. Lazimnya, mereka mencari pasangan daripada golongan yang setaraf. Merisik | BUDAYA | Konsep |
SEWARD, WILLIAM HENRY | Seward, William Henry (18011872), berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika Syarikat semasa Perang Saudara Amerika (1861 1865). Dia ialah pemimpin Republikan yang terkemuka di negara itu pada tahun 1860, tetapi tewas di tangan Abraham Lincoln dalam penamaan calon parti. Seward bertungkus-lumus untuk pemilihan Lincoln dan diterima dalam Kabinet Lincoln sebagai Setiausaha Negara. Oleh sebab kemampuan Seward mengendalikan hal-ehwal luar negara, negara-negara Eropah tidak memberi sebarang bantuan kepada Negeri-Negeri Gabungan. Seward telah dicederakan oleh orang yang bersubahat dengan John Wilkes Booth pada malam Lincoln dibunuh. Dia mengambil masa yang lama untuk sembuh dan meneruskan tugasnya sebagai Setiausaha Negara di bawah Presiden Andrew Johnson. | UMUM | |
TERBAKAR DAN MELECUR | Terbakar dan melecur ialah antara kecederaan yang paling serius dan menyakitkan. Biasanya luka terbakar terjadi disebabkan terkena pakaian atau bahan lain yang terbakar atau terkena elektrik atau bahan kimia seperti asid. Kecederaan yang disebabkan oleh air panas atau cecair atau wap panas juga dikenali sebagai melecur . Luka terbakar boleh menjejaskan semua sistem tubuh. Luka terbakar yang serius boleh merosakkan sebahagian besar kulit. Ia juga mengganggu peredaran darah, fungsi beberapa organ, dan kemampuan tubuh untuk melawan jangkitan. | UMUM | |
PADI KUNCA | PADI KUNCA, sistem pinjaman melibatkan cara pembayaran dengan hasil padi. Sistem ini diamalkan oleh penanam padi. Pihak yang member hutang kepada petani, seperti orang tengah, tuan tanah dan orang-orang berada dalam kampung, bersedia memberi pinjaman wang berasaskan kemampuan petani membayarnya dengan hasil padi. | BUDAYA | Sistem |
|
Tesaurus |
---|
| mampu | 1. Bersinonim dengan berada ( berharta, berwang, berduit, ) (kata kerja:)
2. Bersinonim dengan kaya ( senang, mewah, ) (adjektif:)
3. Bersinonim dengan boleh ( dapat, berupaya, sanggup, terdaya, bersedia, terlarat, terbuat, lalu, bisa, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : kemampuan, |
|
|