Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KURD | Kurd, kelompok etnik yang tinggal di pergunungan Taurus di Timur Anatolia, pergunungan Zagros di barat Iran, utara Iraq dan kawasan yang berdekatan. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
PULAU BURU | PULAU BURU, pulau yang terletak di sebelah barat Pulau Seram di kabupaten Maluku, Propinsi Maluku, Indonesia. Pulau ini mempunyai keluasan lebih daripada 9000 km dan merupakan pulau ketiga terbesar selepas Pulau Halmahera dan Pulau Seram. Pulau ini mempunyai tiga kecamatan, iaitu Buru Selatan, Buru Utara Barat dan Buru Utara Timur. Penduduk pulau ini adalah suku bangsa Buru yang merupakan kelompok etnik. Selain orang Buru, di pulau ini terdapat suku bangsa Galela dan Sulu yang kebanyakannya tinggal di kawasan pantai. Seperti penduduk Kepulauan Maluku lainnya, suku bangsa ini biasa disebut Orang Alfuru. Penduduk Pulau Buru, terutama yang tinggal di sekitar pantai, umumnya memeluk agama Islam. Hal ini berkaitan dengan pengaruh Kesultanan Ternate yang pernah menjadi pusat penyebaran agama Islam di Maluku. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
TORAJA | TORAJA, satu kelompok etnik di Sulawesi Selatan, Indonesia. Perkataan toraja berasal daripada suku kata tau atau to yang bererti orang dan raja atau riaja bererti di sebelah atas atau pergunungan. Sebaliknya orang yang tinggal di pesisir pantai disebut to-lu atau to-lu-wu, sebagai sebutan terhadap penduduk menurut tempat pemukimannya. Selain orang Toraja yang bermukim di daerah Tana Toraja, terdapat juga orang Toraja yang bermukim di Mamasa dalam kabupaten Pole wzli-Mamasa (Polmas). Sebutan Toraja digunakan juga oleh pemerintah Hindia dan Belanda pada abad ke-19, yang ditujukan kepada banyak kelompok kaum yang tinggal di wilayah Sulawesi Selatan dan di wilayah Sulawesi Tengah. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
|
Tesaurus |
---|
| kelompok (kata nama) | 1. Bersinonim dengan gugusan: kumpulan, himpunan, gerombol puak, kelas, kaum, kobok, orang gerombongan,
rombongan, pasukan, gelung, regu, toboh,
2. Bersinonim dengan tumpak: longgok, gundukan, rangkai, gugus, tompok, timbunan, pusu, busut,
| Kata Terbitan : kelompokan, berkelompok, |
|
|