Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SAFIYYAH BINT ABD AL-MUTTALIB | Safiyyah bint Abd al-Muttalib (?20 H. / ? 641 M.) ialah ibu saudara Rasulullah s.a.w. dan juga ibu Zubayr ibn Awwam. Dia ialah seorang daripada 10 orang yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah s.a.w. dan dia juga adalah seorang sahabat nabi. Pada zaman jahiliah, dia berkahwin dengan Harith ibn Harb ibn Umayyah. Dia kemudiannya berkahwin dengan Awwam ibn Khuwaylid dan mempunyai beberapa orang anak termasuk al- Zubayr. Safiyyah bint Abd al- Muttalib memeluk Islam dan memberikan taat setia kepada Islam serta turut berhijrah ke Madinah. Dia turut serta dalam Perang Uhud dan Perang Khandaq. Dalam Perang Uhud, dia berdiri dengan memegang sebatang lembing yang dihalakan kepada orang ramai sambil berteriak: Adakah kamu menerima kekalahan dan meninggalkan Rasulullah?. Dalam Perang al-Ahzab, dia membunuh seorang Yahudi yang mengintip orang Islam. Oleh itu, dia dikatakan wanita yang pertama membunuh seorang lelaki Musyrikin. Dia juga ialah seorang penyair yang berkebolehan. Dia mencipta syair untuk meratapi Rasulullah s.a.w. serta saudaranya Hamzah ibn Abd al-Muttalib. Dia meninggal dunia pada zaman Khalifah Umar ibn al- Khattab dan dikebumikan di al-Baqi. | UMUM | |
ZAYNAB BINT MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W. | Zaynab bint Muhammad Rasulullah SAW ( ? 8H/? 630 M), anak sulung Rasulullah SAW. Bondanya ialah Khadijah bint Khuwaylid. Dia merupakan anak perempuan Rasulullah yang pertama mendirikan rumah tangga. Dia dikahwinkan dengan anak ibu saudara nabi, Abu al-As ibn al-Rabi al-Abshami sebelum diutus menjadi rasul. | UMUM | |
ABDULLAH IBN AL-ZUBAYR | Abdullah ibn al-Zubayr (? 73 H./? 692 M.), sahabat yang mulia dan orang yang pertama lahir di Madinah selepas hijrah. Nama penuhnya ialah Abdullah ibn al-Zubayr ibn al-Awwam ibn Khuwailid ibn Abd al-Uzza ibn Qusay ibn Kilab ibn Murrah al-Quraisyi al-Asadi. Bapanya al-Zubayr ibn al-Awwam, ialah salah seorang daripada kumpulan yang dijamin syurga dan pembantu Rasulullah SAW. Ibunya Asma, anak perempuan Abu Bakar al-Siddiq. Neneknya ialah Safiyyah, ibu saudara Rasulullah SAW dan ibu saudaranya ialah Aisyah, Umm al- Muminin. Nenek saudaranya pula ialah Khadijah bint Khuwaylid, Umm al-Muminin yang pertama. | UMUM | |
ZAYNAB BINT JAHSYI | Zaynab bint Jahsyi ( ? 20 H/? 641 M), isteri Rasulullah SAW. Nama penuhnya ialah Zaynab bint Jahsyi ibn Riab al-Asadiyyah. Ibunya bernama Umaymah bint Abd al-Muttalib, ibu saudara Rasulullah SAW. Zaynab bint Jahsyi ialah bekas isteri Zayd ibn Harithah. Dia juga dipanggil Zayd ibn Muhammad SAW, kerana dia merupakan anak angkat Rasulullah SAW. | UMUM | |
APOLLO | Apollo adalah tuhan utama dalam mitologi Yunani dan Rom. Dalam mitologi Yunani, dia adalah anak Zeus raja segala tuhan dan dewi Leto. Dewi Artemis adalah saudara kembarnya. Dalam mitologi Rom, ibu bapa Apollo ialah Jupiter dan Latona, dan kembarnya ialah Diana. | UMUM | |
TENNESSEE | Tennessee ialah negeri di selatan Amerika Syarikat. Nashville , ibu negerinya, merupakan pusat muzik country yang paling terkemuka (lihat Muzik Country ). Peneroka-peneroka Amerika menyeberangi gunung-ganang di Tennessee untuk bermastautin di kawasan gersang. Mereka terkenal sebagai golongan yang bersemangat tinggi dan berani, mereka menubuhkan kerajaan mereka sendiri di kawasan ini, sebelum wujudnya kerajaan lain yang merdeka di Amerika Utara. Kemudian, semasa Perang Saudara Amerika (18611865), banyak pertempuran berlaku di Tennessee . | UMUM | |
SYEIKH AHMAD KHATIB AL-MINANGKABAWI | SYEIKH AHMAD KHATIB AL-MINANGKABAWI (1852/1860-1916), ulama Indonesia. Beliau lahir di Koto Gadang. Nama sebenarnya ialah Ahmad Khatib bin Abdul Latif al-Minangkabawi. Ayahnya, Khatib Nagari ialah saudara Datuk Rajo Mangkuto, Tuanku Laras Koto Gadang, manakala ibunya ialah saudara kandung ibu Syeikh Tahir Jalaluddin, pelopor gerakan pembaharuan Islam di Dunia Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ADAT PERKAHWINAN MURUT | ADAT PERKAHWINAN MURUT, adat perkahwinan diamalkan oleh masyarakat Murut yang tinggal di Sabah. Sistem sosial yang menjadi amalan suku Murut di Pensiangan ialah barian (hantaran sampai mati) atau barian kahwin seumur hidup. Sistem ini masih dianggap sebagai tunjang adat bagi mengukuhkan tali persaudaraan antara ibu bapa dan anak perempuan yang telah kahwin. Ibu bapa perempuan atau saudara-maranya berhak meminta atau mengambil sesuatu benda yang disukai daripada menantunya pada bila-bila masa tanpa memikirkan sama ada perbuatannya itu menyenangkan menantunya ataupun sebaliknya. | BUDAYA | Konsep |
NABI YUNUS A.S. | Nabi Yunus a.s. ialah nabi yang diutuskan oleh Allah SWT kepada para penduduk Nairawi yang mendiami kawasan Mosul di Iraq, iaitu tempat tersebarnya penyembahan berhala. Nama sebenar baginda ialah Yunus ibn Matta. Matta ialah nama ibu Nabi Yunus a.s. Tiada seorang pun daripada para rasul dinisbahkan kepada ibu mereka kecuali Nabi Yunus a.s. dan Nabi Isa a.s. Nabi Yunus a.s. berasal daripada Bani Israel keturunan Bunyamin iaitu salah seorang anak Nabi Yakub a.s. yang juga saudara kepada Nabi Yusuf a.s. | UMUM | |
ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU | ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau yang tinggal di Sumatera Barat, Indonesia. Adat perkahwinan Minangkabau mengikut pola sistem nasab ibu. Fungsi terpenting perkahwinan adalah untuk mengakrabkan hubungan antara kaum, atau menaikkan status dan prestij kaum atau keluarga. Perkahwinan yang paling baik adalah antara anak dengan kemenakan atau anak dengan bako (keluarga sebelah bapa), antara mereka yang telah punya hubungan kerabat dan antara mereka yang sekampung. Baik Islam mahupun adat, melarang perkahwinan sesuku, demi mencegah keterkongkongan suku. Orang yang melanggar adat di pulau atau diusir keluar dari nagari (kampung). Satu lagi perkahwinan yang tidak direstui dan melanggar adat ialah perkahwinan dengan janda seorang kerabat, kaum atau tetangga. Orang Minangkabau juga mengamalkan perkahwinan yang unik ialah ganti lapik dan cina buta. Ganti lapik perkahwinan antara seorang duda atau janda dengan saudara pasangannya yang telah meninggal dunia. Perkahwinan ini bertujuan menyambung semula ikatan yang diputuskan oleh takdir. Cina buta disebut juga cendera buta. | BUDAYA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| ibu (kata nama) | 1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat, Berantonim dengan bapa
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan induk, inti, pokok,
| Kata Terbitan : keibuan, |
|
|