Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisBahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Melayu ParsiKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Kamus Parsi(Beta)
Kata Takrif Sumber
encik-encikseorang Cina asli;Kamus Dewan Edisi Keempat
hamba I1. abdi, budak belian, sahaya; 2. saya (utk merendahkan diri): ~ dengar tadi encik mengatakan encik berniaga di Singapura; tuan ~ (sbg menghormati orang yg dilawan bercakap) tuan; 3. ya, tuan (disebut ketika menjawab pertanyaan dsb); 4. (Komp) peranti yg dikuasai atau dikawal oleh peranti lain; ~ Allah manusia; ~ bas (Komp) peranti yg ditetapkan utk bertugas menerima atau menghantar data dari atau ke peranti yg bertindak sbg pengawal bas dlm komputer; ~ hukum Id polis; ~ raja a) abdi raja; b) bentara raja; ~ sahaya berbagai-bagai hamba, segala hamba; ~ seks perempuan yg dipaksa melayan keinginan nafsu seks lelaki; ~ tebusan budak belian; ~ tuan saya (utk merendahkan diri); berhamba 1. memiliki (mempunyai) ham­ba: ia ~ dua orang; 2. menjadi hamba (abdi): mereka datang menyerahkan diri kpd ba­ginda dan ~ kepadanya; 3. menyebut dirinya hamba: ia tidak lagi ~ tuan ketika bercakap; 4. bersama-sama dgn hamba: dibawa lari periuk nasi itu lima ~; menghamba, menghambai mengabdi (kpd): kasih itu jangan melampau-lampau se­hingga ~ diri sendiri; menghambakan 1. menjadikan hamba: ia sedar bagaimana pengaruh wang boleh ~ orang; penghulu itu ~ orang kampung; 2. memperhambakan; memperhamba memperlakukan sbg hamba; memperhambai mengabdi kpd; memperhambakan menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sbg hamba kpd, meng­abdikan: ia telah ~ dirinya kerana kasihnya kpd laki-laki itu; diperhamba = yg ~ hamba tuan(ku), patik, saya: yg titah itu atas kepala patik yg ~; kehambaan keadaan menjadi hamba: syarat atau asas perkenalan sesama manusia termasuklah patuh, taat, dan mengaku ~ kpd Allah; perhambaan perihal menjadi hamba (ber­hamba), perbudakan: Islam sama sekali tidak menggalakkan ~; penghambaan perihal atau perbuatan meng­hamba.Kamus Dewan Edisi Keempat
encik1. panggilan kpd orang lelaki yg sederhana kedudukannya atau yg tidak dikenali; 2. panggilan kpd ibu (bagi sesetengah orang); 3. gelaran yg digunakan sebelum nama orang lelaki (yg tidak mempunyai sebarang gelaran spt Datuk, Tengku, dsb): E~ Ramli; ~ laki-laki laki-laki yg menjadi kepala rumah tangga, tuan rumah; ~ perempuan isteri, nyonya rumah, orang rumah; 4. Jk panggilan kpd orang Cina asli; encik-encik seorang Cina asli; berencik menggunakan kata encik apabila bercakap-cakap: memang Hamid apabila bercakap dgn aku selalu ~; Ah, jangan ~ juga lagi dgn saya, Suyono! memperencik memanggil encik (kpd sese-orang): sekarang engkau yg patut saya perencik.Kamus Dewan Edisi Keempat
menguzurkanmembuat halangan, meng-halangkan (diri); jangan hendaknya encik ~ diri jangan hendaknya encik berhalangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
encik perempuanisteri, nyonya rumah, orang rumah;Kamus Dewan Edisi Keempat
encik laki-lakilaki-laki yg menjadi kepala rumah tangga, tuan rumah;Kamus Dewan Edisi Keempat
encikpanggilan atau gelar kpd seseorang yg dihormati. berencik menggunakan kata encik (apabila bercakap).Kamus Pelajar Edisi Kedua
encikpanggilan atau gelar kpd seseorang yg dihormati. berencik menggunakan kata encik (apabila bercakap).Kamus Pelajar
memperencikmemanggil encik (kpd seseorang): sekarang engkau yg patut saya perencik.Kamus Dewan Edisi Keempat
En.kep Encik.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata encik

Puisi
 

Encik Arshad menggali cacing,
     Itik baru kerat kepaknya;
Kalau pandai menimbang dacing,
     Baru tahu di mana beratnya.



Lihat selanjutnya...