Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
NYANYIAN KUARTET KEDAI GUNTING RAMBUT | Nyanyian kuartet kedai gunting rambut merupakan gaya harmoni menggunakan empat suara. Dalam muzik kedai gunting rambut, empat suara menghasilkan kord empat bahagian yang sempurna pada hampir setiap not. Penyanyi kumpulan biasanya menyanyikan a cappella (tanpa iringan alat muzik). | UMUM | |
DEBUSSY, CLAUDE | Debussy, Claude (18621918), penggubah muzik Perancis yang penting. Caranya telah membawa perubahan besar dalam bentuk muzik dan harmoni membantu merubah arah muzik secara radikal pada awal tahun 1900-an. | UMUM | |
MURAL | Mural ialah gambar atau reka bentuk yang menghiasi dinding. Kebanyakan mural menghiasi dinding di dalam bangunan, tetapi sesetengahnya menghiasi siling dan dinding luar. Mural dalaman hendaklah harmoni dengan gaya dan skala bilik. Pelukis mural mesti merancang coraknya supaya pintu, tingkap dan perabot tidak menjejaskan keharmoniannya. Kebanyakan mural dilukis. Tetapi sesetengahnya dibuat daripada kepingan kecil kaca, batu dan bahan-bahan lain. Mural ini dinamakan mozek. Rencana ini hanya membincangkan mural yang dilukis. | UMUM | |
RAMEAU, JEAN-PHILIPPE | Rameau, Jean-Philippe (16831764) ialah penggubah lagu dan ahli teori muzik Perancis zaman barok. Rameau bermain organ selama 20 tahun di beberapa buah bandar sebelum menetap di Paris pada tahun 1722. Dia menjadi terkenal pada tahun tersebut dengan terbitnya buku teori muzik Treatise on Harmony . Buku ini menjadi mercu tanda penting dalam sejarah harmoni dan yang pertama dari beberapa karya harmoni lain yang dihasilkannya. | UMUM | |
SATIE, ERIK | Satie, Erik (18661925), penggubah Perancis, menghabiskan seluruh kerjayanya dengan mencabar konvensyen muzik yang mapan. Satie tidak mementingkan peraturan dalam muzik, dan dia amat tidak gemar akan romantisme dan impresiosisme. Caranya menangani bentuk harmoni dan muzik berjaya mempengaruhi banyak penggubah. | UMUM | |
PIANO | Piano ialah alat muzik keyboard yang bunyinya dihasilkan melalui tali yang dipukul oleh tukul kecil yang berpad. Piano menghasilkan julat bunyi muzik yang lebih besar berbanding dengan kebanyakan alat lain. Dengan piano, pemuzik boleh memainkan melodi dan harmoni pada masa yang sama. Pemain piano juga boleh memainkan pelbagai jenis not yang luar biasa secara kuat dan perlahan, dengan kelajuan yang tinggi. | UMUM | |
ORFF, CARL | Orff, Carl (18951982) ialah penggubah dan pendidik muzik Jerman. Dia menghasilkan karya utamanya untuk pertunjukan pentas. Karyanya menggabungkan muzik instrumental, nyanyian, dan gerak isyarat dan tarian dalam suatu kesatuan persembahan. Muzik Orff menekankan sesuatu yang ringkas seperti melodi dan harmoni rakyat. Dia menggunakan peralatan perkusi untuk menghasilkan rangsangan irama yang bertenaga. Orff menggunakan skala Oriental dan Zaman Pertengahan serta teks dalam beberapa bahasa yang dinyanyikan secara serentak. | UMUM | |
SCHOENBERG, ARNOLD | Schoenberg, Arnold (18741951), mungkin merupakan penggubah muzik yang paling berpengaruh pada tahun 1900-an. Nama Schoenberg juga dieja Schönberg. Pada tahun 1908, Schoenberg mula menulis muzik yang atonal , iaitu muzik yang kurang satu kekunci. Penggunaan atonal akhirnya membawa kepada pembentukan sistem 12 nada. Dalam sistem 12 nadanya, bahan melodi dan harmoni nada adalah berdasarkan urutan khusus 12 nota pada skala kromatik yang dikenali sebagai baris atau set 12 nada. Cara gubahan ini dikenali sebagai serialisme. | UMUM | |
MAILLOL, ARISTIDE | Maillol, Aristide (18611944) ialah pengukir Perancis. Seperti kebanyakan pengukir generasinya, Maillol tidak menyenangi bentuk emosionalisme dan bentuk tidak tentu yang dihasilkan oleh pengukir sezamannya, Auguste Rodin, yang menguasai seni ukir Perancis pada waktu itu. Sebaliknya Maillol menumpukan perhatian terhadap gaya figura yang tenang lagi berimbang. Bentuk yang pejal serta jelas merupakan matlamat utamanya. Maillol cuba kembali mengukir bentuk-bentuk ukiran yang tenang dan harmoni yang terdapat pada ukiran zaman klasik awal Yunani. | UMUM | |
SENI LIBERAL | Seni liberal ialah tabiat ilmiah tentang pemikiran dan pertuturan yang dianggap penting bagi manusia yang bebas. Dari segi sejarah, seni liberal termasuk dua kumpulan pengajian. Yang pertama ialah penggunaan bahasa (nahu) yang betul, berfikir dengan jelas (logik), dan menyatakan idea seseorang dengan meyakinkan (retorik). Kumpulan kedua termasuk pelbagai cabang matematik. Pada mulanya, cabang ini adalah aritmetik, geometri, astronomi dan harmoni. Daripada pengajian tradisional ini, lahir pula kumpulan sains semula jadi, sains sosial dan kemanusiaan. Kolej yang memberi tumpuan kepada pengajian ini biasanya dikenali sebagai kolej seni liberal. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| harmoni (adjektif) | 1. Dalam konteks suara, nada, bersinonim dengan selaras, sepadan, sesuai, secocok,
2. Bersinonim dengan bahagia: rukun, sejahtera, mesra, tenang, damai, tenteram, aman, sepakat,
| Kata Terbitan : mengharmonikan, keharmonian, |
|
|