Piala Davis ialah sebuah piala perak yang dihadiahkan setiap tahun kepada negara yang memenangi kejohanan tenis dunia bagi pemain lelaki. Pada tahun 1900, kejohanan tenis bermula apabila Dwight F. Davis, seorang pemain tenis Amerika yang handal, mendermakan piala ini. Pertandingan bagi meraih Piala Davis ini dijalankan secara kalah mati antara 16 negara yang layak. Satu pertandingan yang berasingan diadakan bagi negara-negara yang tidak layak. |