Persekitaran ialah semua benda yang berada di luar sesuatu organisma. Persekitaran manusia meliputi faktor seperti suhu, bekalan makanan, dan manusia lain. Persekitaran tumbuh- tumbuhan boleh terdiri daripada tanah, cahaya matahari, dan haiwan yang akan memakan tumbuh-tumbuhan. Faktor persekitaran tidak bernyawa, seperti suhu dan cahaya matahari, membina persekitaran abiotik . Benda bernyawa seperti lumut dan makanan mewujudkan persekitaran biotik . Kedua-dua persekitaran abiotik dan biotik saling berhubungan dalam mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk benda hidup dan bukan hidup. |