Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ABDUL JALIL HASSAN, TAN SRI (19141990), | Abdul Jalil Hassan, Tan Sri (1914-1990), pendakwah dan pendidik Malaysia. Abdul Jalil memberikan sumbangan penting dalam tilawah al- Quran. Dia dilantik sebagai Ahli Pengerusi Jemaah Hakim dari tahun 1965 hingga tahun 1970. Pada tahun 1969, dia dilantik sebagai Ahli Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 1970, dia dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di bawah Majlis Raja-raja Melayu. Abdul Jalil juga dikenali kerana keanggotaannya dalam badan-badan Islam Antarabangsa. Dia dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Rabilah Alam Islam oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun 1966 dan dilantik oleh kerajaan Mesir pada tahun 1973 sebagai Ahli Majlis Tertinggi Majma al-Buhuth al-Islamiyah. | UMUM | |
SAYAP KIRI | Sayap kiri ialah istilah yang bermaksud parti atau cabang kumpulan politik yang radikal. Istilah ini berasal daripada badan perundangan Perancis yang pertama selepas Revolusi Perancis. Perwakilan konservatif duduk di sebelah kanan speaker, sementara ahli majlis perundangan yang lebih bersifat radikal duduk di sebelah kiri. Kemudian, masyarakat seluruh dunia menggunakan istilah kiri dan kanan untuk menunjukkan dua pemahaman politik yang bertentangan, iaitu egalitarianisme radikal dan konservatisme. Pada umumnya, kumpulan berhaluan kiri menilai kesamaan lebih tinggi daripada kebebasan individu. Sebaliknya, kumpulan berhaluan kanan menganggap kebebasan lebih tinggi daripada kesamaan. Kini, kumpulan sayap kiri sering dikaitkan dengan sosialisme atau komunisme. | UMUM | |
MAJLIS UNDANGAN BORNEO UTARA | MAJLIS UNDANGAN BORNEO UTARA, badan perwakilan golongan pemodal Eropah dan Asia semasa pentadbiran British. Majlis ini dibentuk pada tahun 1912 bagi menggantikan Majlis Penasihat (18831909), yang bertujuan membantu pentadbiran kerajaan. Ahli majlis ini seramai tujuh orang ahli rasmi dan empat orang ahli tidak rasmi yang dilantik oleh gabenor. Ahli tidak rasmi mewakili para peladang di Pantai Barat dan Pantai Timur, para peniaga Eropah, serta para peladang Cina. Pada mulanya peribumi serta orang Asia selain orang Cina diwakili oleh orang Cina. Keadaan ini kurang disenangi, lalu majlis diletakkan di bawah penyeliaan gabenor serta ahli rasmi majlis. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MAJLIS PRIVI | Majlis Privi ialah majlis kehormat yang dilantik oleh raja Great Britain. Anggota Majlis Privi terdiri daripada ahli kabinet, pemimpin politik, hakim, dan sarjana yang dipilih dari negara-negara Komanwel yang mengakui raja Inggeris sebagai simbol ketua negara Komanwel. Dalam kebanyakan hal, majlis ini ialah sebagai anggota kehormat. Anggota majlis ini hanya bergaji, apabila mereka diberi tempat dalam kabinet. Ketua hakim majlis ini ialah anggota dewan kabinet Inggeris. | UMUM | |
PERSATUAN MELAYU PAHANG | PERSATUAN MELAYU PAHANG, persatuan negeri. Persatuan ini ditubuhkan pada 20 Mac 1938 di Kuala Lipis, Pahang. Ia ditubuhkan sebaik-baik sahaja, berita penubuhan Persatuan Melayu Perak diumumkan di akhbar. Para pemimpinnya terdiri daripada golongan bangsawan dan pegawai tadbir negeri. Presidennya ialah Tengku Muhamad bin Sultan Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri. Manakala naib presidennya ialah Dato Husin bin Muhammad Taib, Orang Besar Empat Pahang. Penaung persatuan ini ialah Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
MARHAN | MARHAN (1945 - ) penyair dan pendidik. Dia lahir pada tahun 1945 di Machang, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Salleh. Marhan melanjutkan pengajiannya di Kolej Islam Malaya, Kelang, hingga lulus Sijil Tinggi Kolej tersebut. Kemudian dia bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pembantu penyelidik di Bahagian Perkamusan. Pada tahun 1970, Marhan meninggalkan DBP lalu menubuhkan dan mengusahakan sekolah swastanya sendiri Institut Kebangsaan Machang. Institut ini kemudiannya diubah nama menjadi Institut Al-Huda dengan bahasa pengantar bahasa Melayu dan Arab. Selain sebagai pengetua Institut Al-Huda, Marhan dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Daerah Machang. | SASTERA | Tokoh |
STAR CHAMBER | Star Chamber ialah mahkamah undang-undang Inggeris pada tahun 1500-an dan 1600-an. Star Chamber terdiri daripada canselor diraja dan ahli Majlis Diraja lain, iaitu kumpulan penasihat diraja. Ia meluluskan penghakiman tanpa perbicaraan oleh juri dan membuat prosedur, hukuman, dan pemulihannya sendiri. Mahkamah ini dinamakan sedemikian kerana ia mengadakan perbicaraan dalam Star Chamber Istana Westminster di London. Kini, istilah Star Chamber merujuk kepada mesyuarat mana-mana mahkamah kehakiman atau pertubuhan rasmi secara rahsia dan yang tidak dikawal. | UMUM | |
SOAMES, LORD | Soames, Lord (1920 1987) ialah tokoh politik Konservatif Inggeris yang memegang jawatan sebagai presiden majlis bandaran dari tahun 1979 hingga tahun 1981. Pada tahun 1979 dan tahun 1980 dia memangku jawatan Gabenor Zimbabwe semasa negara tersebut melalui tempoh peralihan mendapat kemerdekaan yang sah. Soames mendapat pendidikan di Eton College dan Royal Military College, Sandhurst. Pada tahun 1950, dia menjadi ahli parlimen dan memegang jawatan kanan dalam kerajaan dari tahun 1958 hingga tahun 1964. Dia dilantik sebagai duta ke Perancis dari tahun 1968 hingga tahun 1972. Soames ialah Pesuruhjaya Kesatuan Eropah dari tahun 1973 hingga tahun 1977. | UMUM | |
ANGAS, GEORGE FIFE | Angas, George Fife (17891879), dermawan dan salah seorang pengasas Australia Selatan. Dia lahir di Newcastle upon Tyne, England. Dia menubuhkan South Australian Banking Company pada tahun 1841, dan berpindah ke Australia Selatan pada tahun 1851. Dia memainkan peranan yang aktif dalam hal ehwal awam tanah jajahan dengan menjadi ahli Majlis Undangan sehingga tahun 1866. | UMUM | |
MUSA HITAM, TAN SRI | MUSA HITAM, Tan Sri (1934- ), ahli politik, Timbalan Perdana Menteri (1981-1986). Dia lahir pada 18 April 1934, di Johor Bahru, Johor. Musa mendapat pendidikan menengah di English College, Johor Bahru. Dia aktif dalam pasukan perdebatan sekolahnya, di samping aktif dalam permainan ragbi dan bola sepak. Dia juga bergiat cergas dalam persatuan seperti Kelab Pemuda Malaya di Johor Bahru dan Majlis Belia Johor. Ketika masih di bangku sekolah, Musa pernah dilantik sebagai wakil Johor dalam persidangan World Association of Youth di Singapura. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| majlis (kata nama) | 1. Bersinonim dengan jawatankuasa: badan, lembaga, panel, senat, junta, panitia, jemeleh,
2. Bersinonim dengan upacara: acara, istiadat, keramaian, jamuan, parti, kenduri, pertemuan, perkumpulan,
perhimpunan.,
|
|
|