SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah kecil tepi laut, Tempat budak main biola; Pinggang kecil bagai diraut, Itulah tempat saya gila. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah kecil di tepi laut, Tempat memancing ikan tenggiri; Tubuh kecil bagai diraut, Membuat abang tidur bermimpi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk paku di atas peti, Buah rambai tepi laut; Termenung aku dalam mimpi, Kasih dilambai tidak menyahut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPagi-pagi mengutip lokan, Lokan dikutip di tepi laut; Cantik bukan kaya pun bukan, Mengapa pula hati terpaut? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPokok nyiur di tepi laut, Anak sembilang di bawah batang; Kakanda tuan melangkah laut, Dualah pulang tiga datang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisau raut di tepi rimba, Buat raut si jantung pandan; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati rosaklah badan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang lagu serampang laut, Kulit timun atas meja; Layang terbentang kemudi berpaut, Hendak sampai ke tepi juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSerampang laut nama lagunya, Lawan menyanyi berganti-ganti; Kemaskan kemudi dengan sempurna, Tak karam diharung sampai ke tepi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak-budak menahan taut, Joran dicacak di tepi kolam; Asal ikan tempat di laut, Kenapa masak dibubuh garam? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPokok keladi di tepi paya, Bunga teratai kembang bertaut; Kalau berbudi pada yang kaya, Sama mencurah garam ke laut. |
|
Tesaurus |
---|
| tepi (kata nama) | Bersinonim dengan pinggir, pesisir, tebing, tubir, ufuk, sisi, birai, aris, bibir, bingkai, rangka, bikar, bira, birih, biring, gigi, sempadan, perbatasan;, | | Kata Terbitan : mengetepikan, bertepi, menepi, |
|
Puisi |
---|
|
Rumah kecil di tepi laut, Tempat memancing ikan tenggiri; Tubuh kecil bagai diraut, Membuat abang tidur bermimpi.
Lihat selanjutnya... |
|