SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ikan dimakan ikan, Ikan siar dalam tuar; Tahu makan tahu simpan, Rahsia kita jangan keluar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAir pasang dayung sampan, Angin turun baik layarkan; Tahu makan tahu simpan, Rahsia jangan tuan khabarkan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiArulah aru ketumbar aru, Aru kering beri berair; Kalaulah tahu bersama tahu, Barang ditahu jangan dilahir. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTahu juga padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Tahu juga orang tak sudi, Balas juga jangan tak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLaju-laju perahu laju, Singgah semalam laut China; Tahu tuan saya pun tahu, Saya miskin jangan dihina. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKami tak tahu padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Kami tak tahu orang tak sudi, Balas juga dengan tak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTahu sudah titian licin, Adik jua jalan dahulu; Tahu sudah kita miskin, Gilanya adinda mulai dahulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSudah tahu langit bersisik, Kuupahkan rasa segantang; Sudah tahu aku berusik, Kuharamkan mata memandang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSudah tahu langit bersisik, Kuupahkan rasa segantang; Sudah tahu aku berusik, Kuharamkan mata memandang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSudah tahu jambatan licin, Apa guna main kuda; Sudah tahu saya miskin, Apa guna bermain muda. |
|
Tesaurus |
---|
| tahu (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga, Berantonim dengan jahil
2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,
3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing, Berantonim dengan membiarkan
| Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan, |
|
Puisi |
---|
|
Air pasang dayung sampan, Angin turun baik layarkan; Tahu makan tahu simpan, Rahsia jangan tuan khabarkan.
Lihat selanjutnya... |
|