SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ayam turun empat, Mati seekor tinggalnya tiga; Supaya hamba membaca sifat, Lekas juga jalan ke syurga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ayam turunnya lima, Mati seekor tinggalnya empat; Budi Tuhannya sudah diterima, Supaya hambanya membaca sifat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAbang Abu duduk bermenung, Mari berjalan Kampung Tembirat; Hendak mengikat ekor burung, Ambillah tali pakai pengikat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiasdf asdf asd afasdf asf |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan menggali ubi, Ubi digali lagi muda; Kalau tuan tak tahan rugi, Janganlah bermain dari mula. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSelagi dunia nampak dipandang, Buat amal sehari-hari; Mana yang masam sukat gantang, Mana yang manis kukira biji. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSari-sari pergi ke pasar, Jumpa barang baik dibeli; Jangan kira kecil besar, Asal barang dapat kubeli. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah kecil bertangga lima, Pakai menyalai ikan khasi; Pandang kecil tumpang bertanya, Berapa harga intan di sini? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPusing gasing tangan kidal, Tali pendek putus sejengkal; Kalau untung bercampur modal, Itu tanda berniaga tak kekal. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPilih-pilih tempat nak mandi, Pertama teluk kedua pantai; Asyik memilih kain sekodi, Manakan laku kain sehelai. |
|
Tesaurus |
---|
| sifat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan keadaan: rupa, tanda, ciri, bentuk, corak, peri, hal,
2. Bersinonim dengan pembawaan: perangai, watak, kelakuan, tabiat, fitrah, kebiasaan, resam, adat, laku, kelakuan, afal, khalikah, khuluk,
| Kata Terbitan : bersifat, menyifatkan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak ayam turunnya lima, Mati seekor tinggalnya empat; Budi Tuhannya sudah diterima, Supaya hambanya membaca sifat.
Lihat selanjutnya... |
|