| 
	
                            
		
			
				
					
  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRama-rama terbang ke rantau, Tiba di rantau membilang jari; Lama-lama abang merantau, Adik yang tinggal membilang hari. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang kelat digonggong helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Kalau pergi ke rantau orang, Baik-baik membawa diri. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTampak kulihat tanah seberang, Di kala petang menjelang senja; Biarlah daku di rantau orang, Semoga dapat melupa saja. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBiola bertali empat, Digesel orang Semarang; Anak dagang tak bertempat, Mencari di rantau orang. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsam pauh dari seberang, Gugur buahnya di tepi perigi; Badan jauh di rantau orang, Sakit payah ditanggung sendiri. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerayap-rayap si anak kumbang, Hinggap di atap tersangkut duri; Berapa sedap di rantau orang, Manakan sama desa sendiri. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain corak bertali tangsi, Sampan sarat bermuat barang; Awan berarak ditangisi, Badan melarat di rantau orang. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAwan berarak bergulung-gulung, Menderu angin dari seberang; Sudah nasib dilambung untung, Badan bercampak di rantau orang. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsam paya buahnya manis, Bawa dari Sungai Tongkang; Pagi raya duduk menangis, Mengenang diri di rantau orang. |  | | Tesaurus | 
|---|
 |  |  | rantau (kata nama) |  | 1. Bersinonim dengan pesisir: pantai, tebing, teluk, tanjung, 
 2. Bersinonim dengan daerah: kawasan, wilayah, zon, negara asing,
 
 
 |  | Kata Terbitan : merantau, perantauan, perantau, |  | 
 | 
| Puisi | 
|---|
 |  |  | 
 Pisang kelat digonggong helang,
 Jatuh sebiji ke Inderagiri;
 Kalau pergi ke rantau orang,
 Baik-baik membawa diri.
 
 
 
 Lihat selanjutnya...
 | 
 |