Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rama-rama terbang ke rantau, Tiba di rantau membilang jari; Lama-lama abang merantau, Adik yang tinggal membilang hari.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pisang kelat digonggong helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Kalau pergi ke rantau orang, Baik-baik membawa diri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tampak kulihat tanah seberang, Di kala petang menjelang senja; Biarlah daku di rantau orang, Semoga dapat melupa saja.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Biola bertali empat, Digesel orang Semarang; Anak dagang tak bertempat, Mencari di rantau orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Asam pauh dari seberang, Gugur buahnya di tepi perigi; Badan jauh di rantau orang, Sakit payah ditanggung sendiri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terayap-rayap si anak kumbang, Hinggap di atap tersangkut duri; Berapa sedap di rantau orang, Manakan sama desa sendiri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kain corak bertali tangsi, Sampan sarat bermuat barang; Awan berarak ditangisi, Badan melarat di rantau orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Awan berarak bergulung-gulung, Menderu angin dari seberang; Sudah nasib dilambung untung, Badan bercampak di rantau orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Asam paya buahnya manis, Bawa dari Sungai Tongkang; Pagi raya duduk menangis, Mengenang diri di rantau orang.
1
Tesaurus
 
rantau (kata nama)
1. Bersinonim dengan pesisir: pantai, tebing, teluk, tanjung,

2. Bersinonim dengan daerah: kawasan, wilayah, zon, negara asing,

Kata Terbitan : merantau, perantauan, perantau,

Puisi
 

Pisang kelat digonggong helang,
     Jatuh sebiji ke Inderagiri;
Kalau pergi ke rantau orang,
     Baik-baik membawa diri.



Lihat selanjutnya...