SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDayang mengurai semalam mandi, Tupai terjatuh tengah halaman; Perangai iblis jangan hampiri, Kerana iblis menggugur iman. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau kulurut padi di Daik, Pancang pulau jatuh terhempas; Kalau kuturut perangai tak baik, Pasang tak penuh surut tak timpas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau duduk di atas kerusi, Sambil duduk berehat-rehat; Jangan dibawa perangai besi, Makin lama makin berkarat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPenuh sebakul atap rumbia, Gugur jatuh bertindih-tindih; Sudah jadi resam dunia, Perangai insan suka memilih. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak dara di tebing sungai, Duduk menjerat ketam batu; Manis rupa elok perangai, Tolong pilih yang mana satu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna bunga raya, Kerana tidak berbau wangi; Apa guna rupa dan kaya, Kalau perangai tidak berbudi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah timun dimakan landak, Buah mempelam di muka pintu; Tengok senyum katakan hendak, Memang perangai sudah begitu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJika tuan memanting gambus, Gambus dipanting si burung pingai; Bukan tuan memaksa bagus, Kami memaksa budi perangai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya dahulu duduk di Luku, Di kaki bukit keladi tumbang; Mana tempat abang nak malu, Rupa baik perangai kurang. |
|
Tesaurus |
---|
| perangai (kata nama) | Bersinonim dengan kelakuan, tingkah laku, perlakuan, perwatakan, resmi, pembawaan, fiil, canda,
olah, tabiat, gaya, cara, sifat, telatah, gelagat, gerak-geri, tindak-tanduk, ambekan;, | | Kata Terbitan : berperangai, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau kulurut padi di Daik, Pancang pulau jatuh terhempas; Kalau kuturut perangai tak baik, Pasang tak penuh surut tak timpas.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 6 The apple never falls far from the tree Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya. Bagaimana acuan begitulah kuihnya Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful. Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|