SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina berkain satin, Sudah satin sakhlat pula; Dagang hina lagi miskin, Sudah miskin melarat pula. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina berbaju satin, Sudah satin jarang pula; Hina saya kerana miskin, Sudah miskin dagang pula. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKerbau balar makan jerami, Anak telkin di atas tembok; Apa jua miskin kami, Lagi miskin tidak berbapak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaju kebaya disulam kelimkan, Dipakai mari dara berdandan; Miskin kaya jangan bezakan, Budi jadi satu ujian. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTuk Batin mengait kelapa, Hendak dijual bulan puasa; Tuan miskin tidak mengapa, Asalkan pandai berbudi bahasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain cukin diregang-regang, Bawa budak sambil berlari; Biar miskin lagi dagang, Asal pandai membawa diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak rusa terlompat-lompat, Rusa hendak pergi seberang; Hamba miskin dagang merempat, Duduk menumpang negeri orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKencang-kencang angin selatan, Keras sampai tepi kota; Biar miskin tidak makan, Asal terpasang api pelita. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiWak Fakir berbaju jubah, Naik kuda berjalan malam; Hamba miskin bertambah susah, Cari makan di kampung orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain cukin kain sutera, Buat pengesat kaki dulang; Sudah miskin bertambah hina, Buat apa kepada orang. |
|
Tesaurus |
---|
| miskin (adjektif) | Bersinonim dengan fakir, papa, daif, susah, payah, melarat, merana, merempat, menderita, sengsara,
azab, kedana, sarit, bapet, bulus, bangsat, sengkek, makan dawai, makan kawat, makan kerawit,
makan tali, makan tanak, makan nasi dengan garam, kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang;, | | Kata Terbitan : memiskinkan, kemiskinan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak Cina berbaju satin, Sudah satin jarang pula; Hina saya kerana miskin, Sudah miskin dagang pula.
Lihat selanjutnya... |
|