SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalaulah bukan kerana bulan, Masakan bintang terbit pagi; Kalau bukan kerana tuan, Manalah saya jadi begini. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tidak lembu Pak Jamal, Masakan badan hancur dan lumat; Kalaupun tidak ilmu dan amal, Bilakan badan boleh selamat? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang merendang si udang galah, Cara masakan oranglah Minang; Orang perempuan selalunya kalah, Orang jantan selalunya menang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang emas luruh digoyang, Dijolokdengan ranting habu; Adik emas saya loyang, Masakan mahu berkinca bahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPatah cengal Nabi Daud, Patah mati ditimpa pedang; Kalau tidak angin bertiup, Masakan pokok boleh bergoncang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapal berlabuh nampaknya sayup, Sauh dibongkar layar berkembang; Kalau tak sabit angin bertiup, Masakan kelak pohon bergoyang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa sebab guruh di hulu, Itu tanda airnya dalam; Kalau tidak berjanji dahulu, Masakan abang berjalan malam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung nuri terbang melayang, Hinggap mari di celah dahan; Walau nasi sudah terhidang, Tidak disuap masakan makan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak belah pecah seratus, Nampak berbalam di hutan lipur, Demi Allah sumpah putus, Sudah digenggam masakan lebur. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPermata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang. |
|
Tesaurus |
---|
| masak (adjektif) | 1. Dalam konteks buah bersinonim dengan tua, matang, ranum, Berantonim dengan muda
2. Dalam konteks daging bersinonim dengan empuk, lembut, lunak, Berantonim dengan mentah
2. Bersinonim dengan matang: berpengalaman, berumur, dewasa, tua, Berantonim dengan mentah
| Kata Terbitan : memasak, masakan, pemasak, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tidak lembu Pak Jamal, Masakan badan hancur dan lumat; Kalaupun tidak ilmu dan amal, Bilakan badan boleh selamat?
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 538 There's no smoke without fire Khabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakap Tak ada ribut masakan daun bergoyang The government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’’etat by a new junta, but there’’s no smoke without fire, and the public remained concerned. Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi kalau tak ada ribut masakan daun bergoyang, dan orang ramai tetap resah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|