SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah labu masak, Masak hujung julai; Apa jamu kakak, Jamu nasi gulai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsam jawa terlalu masak, Masak tak boleh dijeruk lagi; Hati saya terlalu rosak, Rosak tak boleh dipujuk lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina masak itik, Masak mari sampai luluh; Memang tak guna berbini cantik, Hari-hari sahaja bergaduh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang muda masak pengat, Masak mari bulan puasa; Tuan muda baik beringat, Antara dendam rosak binasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah berangan masak hijau, Masak sebiji di tanah rata; Luka tangan kerana pisau, Luka hati kerana kata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina masak itik, Masak mari sampai luluh; Memang tak guna berbini cantik, Hari-hari sahaja bergaduh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNasi masak sayur pun masak, Turun ke tanah memetik lada; Hati rosak jantungku rosak, Rasa bekah dalam dada. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang Batak pulang ke Batak, Sampai ke Batak menggulai babi; Nasi masak gulai pun masak, Imam sampai nikah tak jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPagi hari ayam berkokok, Hendak pergi ke Padang Semu; Saya hendak masak di pokok, Masak rendah saya tak mahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMasak nasi bergulai belum, Nanti udang dari kuala; Sarat muatan belayar belum, Nanti turun angin utara. |
|
Tesaurus |
---|
| masak (adjektif) | 1. Dalam konteks buah bersinonim dengan tua, matang, ranum, Berantonim dengan muda
2. Dalam konteks daging bersinonim dengan empuk, lembut, lunak, Berantonim dengan mentah
2. Bersinonim dengan matang: berpengalaman, berumur, dewasa, tua, Berantonim dengan mentah
| Kata Terbitan : memasak, masakan, pemasak, |
|
Puisi |
---|
|
Asam jawa terlalu masak, Masak tak boleh dijeruk lagi; Hati saya terlalu rosak, Rosak tak boleh dipujuk lagi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 335 Look before you leap Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru). Pukul anjing tengok-tengok tuannya I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one. Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|