SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBeruntung merapat kaban, Akan perapat bunga anggerik; Kalau untung suratan badan, Dapat bertukar bangsa yang baik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan julung dalam telaga, Makan kail umpan terlekat; Tiada beruntung badan celaka, Buat baik menjadi jahat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil galah jolok jantung, Jatuh sebiji tepi paya; Saudagar tidak beruntung, Hendak mengadu dagang saya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Rasip beli sotong, Bawa pulang lalu dibasuh; Nasib tuan tidak beruntung, Lain tanam lain tumbuh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKulitlah ketam dipanggang lotong, Panggang di dapur tinggal tulang; Nasibku badan tidak beruntung, Ayam ditambat disambar helang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Hassan mudik ke Bentong, Singgah memetik buah putat; Nasib badan tidak beruntung, Ikan digulai habis melompat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang pandan tidak berhujung, Mana nak sama hujung mengkuang; Nasib badan tidak beruntung, Yang untung cuma seorang. |
|
Tesaurus |
---|
| untung (kata nama) | 1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan, Berantonim dengan rugi
2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat, Berantonim dengan malang
3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,
| Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan, |
|
Puisi |
---|
|
Ikan julung dalam telaga, Makan kail umpan terlekat; Tiada beruntung badan celaka, Buat baik menjadi jahat.
Lihat selanjutnya... |
|