ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
Life Cycle Inventory | Inventori Kitaran Hayat | ESG | Kaedah pengumpulan data input dan output bagi setiap peringkat kitaran hayat sesuatu produk atau perkhidmatan. |
product stewardship | urus selia produk | ESG | Perihal mengawasi aspek kesihatan, keselamatan dan alam sekitar bagi setiap peringkat kitaran hayat sesuatu produk oleh pihak pengurusan. |
Life Cycle Assessment | Penilaian Kitaran Hayat | ESG | Kaedah untuk menilai kesan terhadap alam sekitar bagi setiap peringkat kitaran hayat sesuatu produk atau perkhidmatan. |
emission trading | perdagangan pelepasan | ESG | Urusan jual beli pelepasan karbon di bawah penguatkuasaan undang-undang di peringkat kebangsaan, serantau atau antarabangsa. |
equal opportunities | peluang setara | ESG | Hak dan akses terhadap semua kemudahan organisasi yang diberikan kepada semua pekerja pada setiap peringkat pekerjaan, termasuk fasa prapekerjaan. Peluang ini terkandung di dalam Akta Kesamarataan 2010, United Kingdom. |
Emissions Trading System (ETS) | Sistem Perdagangan Pelepasan (ETS) | ESG | Sistem perdagangan kredit karbon di bawah penguatkuasaan undang-undang di peringkat kebangsaan, serantau atau antarabangsa. |
Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) | Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) | ESG | Instrumen untuk pembaharuan tadbir urus korporat berdasarkan prinsip dan amalan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, melangkaui tahap minimum undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia. |
bio-based value chain | rantaian nilai bioasas | ESG | Jalinan aktiviti dalam produk dan perkhidmatan berasaskan sumber flora dan fauna yang melibatkan keseluruhan rantaian nilai merangkumi semua peringkat penyelidikan, penghasilan, pengedaran, penggunaan dan pelupusan. |
Global Sustainable Investment Alliance (GSIA) | Perikatan Pelaburan Mampan Global (GSIA) | ESG | Organisasi pelaburan mampan serantau dari seluruh dunia yang saling bekerjasama untuk menggalakkan dan menyokong pertumbuhan amalan pelaburan mampan di peringkat global. |
|
Tesaurus |
---|
| peringkat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan tahap: tingkat, fasa, paras, takat,
2. Bersinonim dengan taraf: status, kelas, darjah, kedudukan, darjat, martabat, pangkat,
| Kata Terbitan : berperingkat-peringkat, memeringkatkan, pemeringkatan, |
|
|