ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
social | sosial | ESG | Perhubungan antara sesebuah organisasi dengan pekerja, pembekal, pelanggan dan penduduk setempat. |
stakeholder | pemegang kepentingan | ESG | Individu atau sekumpulan individu seperti pelabur, pekerja, pelanggan, kerajaan termasuklah komuniti setempat dan global yang secara langsung atau tidak langsung mempunyai kepentingan terhadap sesebuah organisasi. |
social risk | risiko sosial | ESG | Kemungkinan berlakunya kesan negatif terhadap pekerja, pembekal, pelanggan dan penduduk setempat akibat daripada aktiviti perniagaan, projek pembangunan atau tindakan sesebuah organisasi. |
pay equity | kesaksamaan upah | ESG | Prinsip pemberian gaji yang setara kepada pekerja dengan fungsi pekerjaan yang sama tanpa mengira faktor lain yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Banding pay inequity. |
pay inequity | ketaksaksamaan upah | ESG | Keadaan pemberian upah yang tidak setara kepada pekerja dengan fungsi pekerjaan yang sama disebabkan oleh faktor lain yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Sinonim pay disparity, pay gap. Banding pay equity. |
social performance | pencapaian sosial | ESG | Prestasi sesebuah organisasi yang diukur melalui kesan terhadap pekerja, persekitaran dan masyarakat setempat. |
employee value proposition | usulan nilai kakitangan | ESG | Nilai yang ditawarkan oleh majikan kepada pekerja atas kemahiran, pengalaman dan iltizam mereka. |
conscious capitalism | kapitalisme sedar | ESG | Prinsip perniagaan yang mementingkan hak dan kebajikan seluruh pekerja, masyarakat dan alam sekitar selain daripada mengaut keuntungan. |
Fair Labour Standard Act (FLSA) | Akta Piawaian Buruh Adil (FLSA) | ESG | Akta yang melindungi pekerja daripada amalan buruh yang tidak adil dengan menetapkan gaji minimum, bayaran lebih masa dan piawaian bagi buruh kanak-kanak yang terpakai dalam semua sektor. Akta ini merupakan undang-undang persekutuan Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1938. |
equal opportunities | peluang setara | ESG | Hak dan akses terhadap semua kemudahan organisasi yang diberikan kepada semua pekerja pada setiap peringkat pekerjaan, termasuk fasa prapekerjaan. Peluang ini terkandung di dalam Akta Kesamarataan 2010, United Kingdom. |
|
Tesaurus |
---|
| kerja (kata nama) | 1. Bersinonim dengan khidmat: pekerjaan, tugas, tanggungjawab, kewajipan, gawai, usaha, urusan, kegiatan,
2. Bersinonim dengan karya: hasil keluaran, hasil penat lelah, hasil titik peluh, seliaan, kelolaan,
kendalian,
| Kata Terbitan : sekerja, bekerja, mengerjakan, terkerjakan, pekerjaan, sepekerjaan, berpekerjaan, pengerjaan, pekerja, pengerja, |
|
Peribahasa |
---|
| 270 A house devided against itself cannot stand Sesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah. Kuat lilit kerana simpulnya We failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand. Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - kuat lilit kerana simpulnya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|