ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
governance | tadbir urus | ESG | Berkaitan dengan pentadbiran yang menyeluruh dalam mengurus, membuat keputusan dan melaksanakan polisi. |
Conference of the Parties (CoP) | Sidang Negara Anggota (CoP) | ESG | Badan pembuat keputusan tertinggi sesuatu konvensyen antarabangsa. |
community engagement | keterlibatan komuniti | ESG | Pelibatan komuniti secara langsung dalam semua aspek pembuatan keputusan dan pelaksanaannya untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti serta mengoptimumkan peruntukan sumber dalam pelbagai keadaan. |
ESG integration | integrasi ESG | ESG | Penyepaduan faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus dalam membuat keputusan syarikat. |
baseline assessment | penilaian paras dasar | ESG | Kaedah menilai dan memahami keadaan semasa sesuatu pasaran, demografi atau rantaian bekalan untuk menetapkan tanda aras bagi mengukur peningkatan matlamat prestasi dan membuat keputusan termaklum pada masa depan. |
Sustainability Accounting Standards Board (SASB) | Lembaga Piawaian Perakaunan Kemampanan (SASB) | ESG | Organisasi bebas dan bukan berasaskan keuntungan yang menentukan piawaian industri khusus untuk membantu sesebuah perniagaan menyatakan maklumat kemampanan yang matan dari segi kewangan dan berguna untuk pelabur membuat keputusan. |
|
Tesaurus |
---|
| putus (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan retas: rabit, relah, relai, gentas, tercerai, terlerai, terpotong, terkerat, Berantonim dengan bercantum
2. Bersinonim dengan berakhir: habis, selesai, tamat, berhenti, kiamat, langsai, beres, siap, sudah, gentas, Berantonim dengan bermula
| Kata Terbitan : memutuskan, terputus, terputus-putus, keputusan, |
|
Peribahasa |
---|
| 533 Slow but steady wins the race Orang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa. Biar lambat laga, asal menang In the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but steady wins the race because it was too easy to overlook the vital clues. Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|