Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
synchronic corpus | korpus sinkronik | Korpus yang mengandungi himpunan teks yang dihasilkan dalam tempoh sama bagi menggambarkan penggunaan bahasa pada masa tersebut. Banding diachronic corpus. |
learner corpus | korpus pelajar | Korpus yang mengandungi teks bahasa kedua yang dihasilkan oleh pelajar bahasa kedua (L2) tersebut. |
diachronic corpus | korpus diakronik | Korpus yang mengandungi himpunan teks masa lampau yang tertentu untuk meneliti perubahan bahasa. Banding synchronic corpus. |
Brown Corpus | Korpus Brown | Korpus yang mengandungi himpunan teks tulisan bahasa Inggeris (Amerika Syarikat) dalam bentuk elektronik bersaiz satu juta patah perkataan. |
multilingual corpus | korpus pelbagai bahasa | Korpus yang mengandungi teks lebih daripada satu bahasa. |
Gutenberg Project | Projek Gutenberg | Arkib internet yang mengandungi lebih 60,000 buku tanpa hak cipta disimpan sebagai teks yang boleh dibaca oleh mesin. Arkib ini boleh diakses di http://www.gutenberg.org. Bilangan buku dalam arkib ditambah dari semasa ke semasa. |
documentation | dokumentasi | Manual pembinaan korpus yang lazimnya mengandungi maklumat seperti tujuan dan reka bentuk termasuk saiz, jenis teks, pensampelan, set tanda dan sebagainya. |
Malaysian Hansard Corpus | Korpus Hansard Malaysia | Korpus khusus yang mengandungi Laporan Parlimen Malaysia dan boleh diakses secara digital mengikut Sidang Parlimen. |
dialect corpus | korpus dialek | Korpus lisan untuk kajian variasi bahasa yang mengandungi dialek di sesuatu kawasan. Korpus ini dikategorikan mengikut dialek dan skema pengekodan digunakan untuk membezakan varian sebutan antara dialek. |
LancasterOslo/Bergen (LOB) Corpus | Korpus Lancaster-Oslo/Bergen (LOB) | Korpus yang mengandungi himpunan teks tulisan bahasa Inggeris (British) dalam bentuk elektronik bersaiz 1 juta patah perkataan. |
|
Tesaurus |
---|
| kandung (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,
2. Bersinonim dengan peranakan: rahim
| Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan, |
|
|