Pantun |
Sumber |
Tema |
Bacaan API paras bahaya, Melebihi angka lapan ratus; Tugas memadam jadi terpedaya, Hutan dibakar terus menerus. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Pandai-pandai mengibar jala, Dapat sembilang ikan berduri; Menjalan tugas dengan setia, Sumbang bakti jati diri. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Helikopter Nuri jatuh terhempas, Jatuh melanggar Gunung Bukitan; Penyelamat terus menjalan tugas, Melepasi gunung hutan hujan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Pucuk kemiri dimakan ulat, Putik busuk bunga meranggas; Buruk negeri lupakan adat, Asyik beramuk lupakan tugas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| tugas (kata nama) | Bersinonim dengan kerja, kewajipan, tanggungjawab, fungsi, peranan, khidmat, urusan, tanggungan, beban, usaha, ikhtiar, gawai, arahan, perintah;, | | Kata Terbitan : bertugas, menugaskan, tugasan, penugasan, petugas, |
|
|