Pantun |
Sumber |
Tema |
Janganlah naik ke atas atap, Di atas kayunya lapuk; Jangan adik terlepas cakap, Terlepas cakap kita beramuk. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak mengada majlis bergendang, Minta kebenaran di Rumah Pasung; Hendak menangkap ikan terbang, Terlepas keli terlepas baung. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Jangan lah naik ke atas atap, Di atas atap kayunya lapuk; Jangan adik terlepas cakap, Terlepas cakap kita beramuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Terlepas talang berduri, Batang kandar di balik lombong; Hari panas helang berbunyi, Badan terkenang mandeh kandung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Bukit runtuh sehari semalam, Kayu terlepas beribu ratus; Sauhnya putus kapal tenggelam, Harapan kami jangan diputus. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kapal terbang berkipas empat, Putuslah terlepas tali kemudi; Habis kutilik dalam makrifat, Di mana tinggalnya si jantung hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Laut mengganas diterjang ribut, Banyak pencalang menjadi karam; Mulut terlepas pantang dicabut, Banyaklah orang mati bertikam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Merambat tebang bertingkat, Rambat menyangkut di kaki sauh; Sudah terlepas burung berikat, Sudah biasa terbang jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Yang susu dibalas kopi, Air tuba dibalas racun; Sedang merayu terlepas gigi, Hati kecewa selera turun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Laut luas ombak menggunung, Mau berlayar sampan pun bocor; Mulut terlepas awak terkurung, Malunya besar nama pun kotor. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| lepas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka, Berantonim dengan terikat
2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,
3. Bersinonim dengan lalu: lampau Berantonim dengan sekarang
| Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan, |
|
Puisi |
---|
|
Bukit runtuh sehari semalam, Kayu terlepas beribu ratus; Sauhnya putus kapal tenggelam, Harapan kami jangan diputus.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 274 Don't jump from the flying pan into the fire Setelah terlepas daripada bahaya, janganlah terjebak pula ke dalam bahaya yang lebih besar. Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau She ran way with her two kids from her husband who was an incorrigible drunk to be witah a man whom she trusted. But it seemed that she had jump from the flying pan into the fire when she ended up being beaten while her children were kidnapped. Dia lari meninggalkan suaminya yang kaki botol itu dengan dua anak kecilnya untuk bersama seorang lelaki yang dipercayainya. Dia akhirnya dibelasah, dan anaknya pula diculik. Inilah yang dikatakan, terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|