Pantun |
Sumber |
Tema |
Rumah kecil tepi laut, Tempat budak main biola; Pinggang kecil bagai diraut, Itulah tempat saya gila. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tumbuh betung di tepi laut, Lautnya dapat tempat berenang; Sungguh untung laki berjanggut, Janggutnya dapat tempat berpegang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Rumah kecil di tepi laut, Tempat memancing ikan tenggiri; Tubuh kecil bagai diraut, Membuat abang tidur bermimpi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pucuk paku di atas peti, Buah rambai tepi laut; Termenung aku dalam mimpi, Kasih dilambai tidak menyahut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pagi-pagi mengutip lokan, Lokan dikutip di tepi laut; Cantik bukan kaya pun bukan, Mengapa pula hati terpaut? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pokok nyiur di tepi laut, Anak sembilang di bawah batang; Kakanda tuan melangkah laut, Dualah pulang tiga datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Laut bukan sebarang laut, Laut luas tak nampak tepi; Mulut bukan sebarang mulut, Mulut pedas membawa mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pisau raut di tepi rimba, Buat raut si jantung pandan; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati rosaklah badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang lagu serampang laut, Kulit timun atas meja; Layang terbentang kemudi berpaut, Hendak sampai ke tepi juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Serampang laut nama lagunya, Lawan menyanyi berganti-ganti; Kemaskan kemudi dengan sempurna, Tak karam diharung sampai ke tepi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Tesaurus |
---|
| tepi (kata nama) | Bersinonim dengan pinggir, pesisir, tebing, tubir, ufuk, sisi, birai, aris, bibir, bingkai, rangka, bikar, bira, birih, biring, gigi, sempadan, perbatasan;, | | Kata Terbitan : mengetepikan, bertepi, menepi, |
|
Puisi |
---|
|
Rumah kecil di tepi laut, Tempat memancing ikan tenggiri; Tubuh kecil bagai diraut, Membuat abang tidur bermimpi.
Lihat selanjutnya... |
|