| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Sapu bukan sebarang sapu Sapu ijuk gunanya banyak; Tahu bukan sebarang tahu, Tahu duduk sempurna tegak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Sapu bukan sebarang sapu, Sapu lidi banyak gunanya; Tahu bukan sebarang tahu, Tahu diri nampak tuahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Cari beca cari Ah Lo, Batu dikorek pakai gerudi; Beli kereta beli banglo, Tahu-tahu kontrak tak jadi. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
| Sapu lidi penyapu laman, Sapu diikat dengan tali; Tahu diri tahu pedoman, Tahu mengingat jalan mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Anak ikan dimakan ikan, Ikan siar dalam tuar; Tahu makan tahu simpan, Rahsia kita jangan keluar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Air pasang dayung sampan, Angin turun baik layarkan; Tahu makan tahu simpan, Rahsia jangan tuan khabarkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Arulah aru ketumbar aru, Aru kering beri berair; Kalaulah tahu bersama tahu, Barang ditahu jangan dilahir. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Tahu juga padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Tahu juga orang tak sudi, Balas juga jangan tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Laju-laju perahu laju, Singgah semalam laut China; Tahu tuan saya pun tahu, Saya miskin jangan dihina. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Kami tak tahu padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Kami tak tahu orang tak sudi, Balas juga dengan tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | tahu (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga, Berantonim dengan jahil
2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,
3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing, Berantonim dengan membiarkan
| | Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan, |
|
| Puisi |
|---|
|
Air pasang dayung sampan, Angin turun baik layarkan; Tahu makan tahu simpan, Rahsia jangan tuan khabarkan.
Lihat selanjutnya... |
| Peribahasa |
|---|
| 291 Nothing venture, nothing win Kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu perkara selagi kita tidak mencubanya. Belum cuba belum tahu At first, I didn't think that I could climb this mountain with one leg but, nothing venture, nothing win . Pada mulanya, saya tidak fikir yang saya mampu mendaki gunung ini dengan sebelah kaki, tetapi kata orang, belum cuba belum tahu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|