Pantun |
Sumber |
Tema |
Sapu bukan sebarang sapu, Sapu lidi banyak gunanya; Tahu bukan sebarang tahu, Tahu diri nampak tuahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sapu lidi penyapu laman, Sapu diikat dengan tali; Tahu diri tahu pedoman, Tahu mengingat jalan mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Besar perahu Tanjong Jati, Muatan sarat ubi keladi; Kalau tahu diri tak mati, Penyakit tidak diubat lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kilau-kilauan perah tambang, Pasang bendera di atas bumbung; Kalau tahu diri menumpang, Bumi dipijak langit dijunjung. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Dalam perahu ajat kepayang, Dibuat gulai sedap dimakan; Bukan tak tahu diri menumpang, Tidur sebantak dengan tuan. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Buluh direndam belum dikering, Baru tumbuh jangan ditebang; Peluk tubuh terasa asing, Baru tahu diri seorang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Anak kera masuk ke negeri, Duduk menangis sakit kepala; Awak dah tua tak tahu diri, Menengok perawan bangkit selera. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak kera masuk ke negeri, Ramailah budak jadi menangis; Awak dah tua tak tahu diri, Memakai bedak berlapis-lapis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak kera masuk ke negeri, Duduk di tangga rumah lubalang; Awak dah tua tak tahu diri, Menengok perawan mabuk kepayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Turun-temurun disebut orang, Dari dahulu hinggalah kini; Hidup rukun hingga sekarang, Intinya malu dan tahu diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| tahu (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga, Berantonim dengan jahil
2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,
3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing, Berantonim dengan membiarkan
| Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan, |
|
Puisi |
---|
|
Bunga melur setangkai diri, Anak udang dari Patani; Tidur malam seorang diri, Aku tak tahu selama ini.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 318 If you lie down with dogs, you'll get up with fleas Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama. Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga I advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities. Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana jika bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti kau pula. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|