Pantun |
Sumber |
Tema |
Kereta api tak ada serombong, Kapal pergi ke Batu Pahat; Sekali-kali saya tak sombong, Tapilah tuan tak tahu adat. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Adat beriman tahukan Allah, Adat mengaji tahukan undang; Adat berjalan tahu melangkah, Adat berbudi tahukan hutang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah orang berhelat, Belanja cukup adat pun tahu; Bukan mudah memegang adat, Selama hidup mengingat malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Laju-laju perahu laju, Singgah semalam laut China; Tahu tuan saya pun tahu, Saya miskin jangan dihina. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kata adat kata berkias, Siapa faham tahu ertinya; Kita seadat sama senafas, Sarna faham isi hatinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat tahu bersyukur, Nikmat Allah ia muliakan; Membuang adat malu bertabur, Umat terbelah binasalah iman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu adil menimbang, Tidak memilih memilah-milah; Sifat Melayu tahu menenggang, Sama kasih senang dan susah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat bersifat bijak, Tahu membaca tanda alamat; Membuang adat umat kan rosak, Malu menimpa aib mendekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat kuat beramal, Tahu dirinya hidup kan mati; Membuang adat umat terjual, Layulah negeri kampung pun lesi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Urat kayu tengah halaman, Bila terbelah menjadi kayu; Adat Melayu zaman-berzaman, Bila tersalah berilah tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| tahu (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga, Berantonim dengan jahil
2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,
3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing, Berantonim dengan membiarkan
| Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan, |
|
|